Posts

Showing posts with the label kerinci

Kerinci trip di Libur

Image
Assalamualaikum Trip mendaki ke Gunung Kerinci bersama team 'Acah-acah Hikers' telah diterbitkan di dalam Akhbar Sinar Harian dalam sisipan Libur pada 12 Oktober 2017 (Khamis). Perjalanan turun ke Shelter 3 Untuk artikel penuh, boleh klik di link dibawah : www.sinarharian.com.my/libur/Perjalanan Kerinci Yang Mencabar

Kerinci Trip di Majalah Backpackerz!

Image
Assalamualaikum Trip aku di Gunung Kerinci telah diterbitkan dalam Majalah BackPackerz Vol 20 edisi November 2017! Tawan Kerinci : Apabila lutut bertemu dagu! Page 58 : Kerinci Xventour : Menggapai Atap Sumatera, Gunung Kerinci Glamour la abam gogo yang menjadi idola gadis-gadis! Gambar dia sorang jer sampai 2 keping! hahahh Danau Gunung Tujuh dilihat dari Gunung Kerinci So, mana nak beli majalah ni? Korang boleh cari di kedai-kedai buku seperti di Popular, MPH, Times, Kinokuniya & banyak lagi. Tapi kalau nak senang boleh beli di kiosk myNEWS.com. In a nutshell, thank you Backpackerz Magazine!

Episod 8 : Jam Gadang & Shopping di Bukit Tinggi!

Image
Assalamualaikum Day 5 : 18 Ogos 2017, Jumaat Pukul 11.00 malam selepas turun dari Danau Gunung Tujuh, kami bergerak menuju ke Bukit Tinggi. Perjalanan dari Jambi ke Bukit Tinggi dianggarkan mengambil masa selama 8-9 jam! Fuhhhh.. Jika sempat, esok pagi kami ingin singgah ke Danau Singkarak. Masuk jer dalam van, semua terlentok lah cerita dia! Mengantuk terok sebab letih banget! hahaa.. Tak kira la jalan bengkang bengkok macam mana pun, supir layan laps maut, kami dalam van pun mengikut rentak pemanduan yang mara bahaya! Terhantuk kepala kat tingkap, berlaga kepala dengan member sebelah tak payah cerita! Dah benjol terok kepala aku! Mujur tak pecah je cermin tingkap tu! hahaa Bangun-bangun terus wengg kepala! Rasa nak termuntah, pening, mabuk semua! Kah3!  Sepanjang jalan, pak supir ni layan drive macam pelesit sambil pasang lagu minang! Nampak sangat dia mengantuk masa drive tu!  Berhantu woi lagu 'Lapeh Raso' nih! Sampai sekarang tern...