Posts

Showing posts with the label kawah

Episod 5 : Menggapai Atap Sumatera!

Image
Assalamualaikum 16 Ogos 2017, Rabu 2.30am Semangat ke puncak Pendakian ke puncak bermula pada pukul 2.30 pagi, 16 Ogos 2017. Berbekalkan cahaya lampu suluh, kami meredah kepekatan hening pagi dan suhu yang sejuk. Masing-masing memakai jaket tebal, sarung tangan, penutup kepala dan pelindung muka. Semuanya lengkap bagi memastikan kami berada dalam keadaan selesa sepanjang mendaki ke puncak yang memakan masa empat hingga lima jam. Dari shelter 2 menuju shelter 3 kami berjalan menegak melewati jalan yang berupa terowongan panjang yang curam. Sesekali tangan menyentuh dinding terowong terasa seperti menyentuh ais. Ya, amat dingin. Hanya cahaya head lamp lah yang menjadi penerang kami menerobos di terowongan panjang, curam dan lembab itu. Bagi aku trek nak menuju ke shelter 3 ni yang paling susah dan mencabar yang pernah aku daki! Benar-benar menguji mental dan fizikal! ...