Posts

Showing posts with the label pantai bisikan bayu

Pantai Bisikan Bayu

Image
Assalamualaikum Pantai Bisikan Bayu (Beach of Whispering Breeze) Pantai Bisikan Bayu, juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, hanya 50km pemanduan penuh panorama ke selatan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan.  Lokasinya terletak di Cherang Ruku, Semerak, 16 km dari bandar Pasir Puteh, 3 km dari Pekan Cherang Ruku.  Di sekitar kampung Semerak, bayu lembut melambai pohon cemara yang berbaris di sepanjang pantai, menghasilkan bunyi gemersik, yang menurut penduduk tempatan, bunyinya seperti bisikan yang menenangkan. Di kawasan pantai ni, disediakan surau, tandas, bilik persalinan, taman permainan, dan juga terdapat sebuah chalet penginapan iaitu Taman Rehlah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini ialah berkelah, berkhemah dan aktiviti keluarga.   Aktiviti meluncur boleh dilakukan pada masa tertentu setiap tahun, dan peluncur angin akan dapat meluncur semasa musim Monsun Utara-Timur dari bulan November hingga April. Namun ...