Kenapa Yahudi mahu Tanah Palestin?
Assalamualaikum Peta Palestin dibahagi 2 iaitu Tebing Barat & Semenanjung Gaza Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud ‘tempat yang aman untuk didiami’. Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis Ratusan tahun umat Islam dan dunia ditipu dan diperdaya untuk mempercayai Kubah As-Sakhrah adalah Masjid Al Aqsa. Jutaan poster dicetak dan dihadiahkan kepada umat Islam, kebanyakkannya diberi percuma untuk digantung dan dipamerkan. Ramai yang sanggup berbelanja membuat frame yang cantik untuk gambar Masjid Al-Marwan ini. Simbol kubah berwarna emas terpahat didalam fikiran umat Islam khususnya, dan dunia ‘amnya sebagai menggambarkan Al Aqsa. Dunia ditipu sekian lama! Sebenarnya Yahudi Zionis sudah lama mengidam untuk merampas Al Aqsa, dan Ba...