Bukit Merah Laketown Resort, Perak
Assalamualaikum Lamanya tak balik Bukit Merah ni. Ni sebenarnya hometown arwah abah dulu. Bukit Merah Laketown Resort ini adalah destinasi popular di Malaysia yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi dan penginapan yang selesa di sekitar Tasik Merah. Kami nak p Pulau Orang Utan, tapi depa habaq ayaq tasik surut pulak. Bot xleh p dia dok sadai kat tepi tu.. Ermmm... nak kne ripit lagi la datang sini nampaknyer.. hahaa moody plak dak tecik ni Bossku ke tu? hahaa Next time la kita mandi-manda kat waterpark pulak. Ni nak usha2 dulu apa yang menarik Kami pi Petting Zoo sebab kids ni animal lover. Bagi pencinta haiwan, terdapat peluang untuk melihat haiwan-haiwan yang mesra seperti ayam dan arnab, serta haiwan liar seperti buaya. Aktiviti sebegini amat sesuai untuk anak-anak anda yang sedang membesar kerana ia dapat membuka minda mereka untuk menerokai dunia baru. Excited betul nak bagi animals makanan Harga tiket cuma RM10 dan anda juga boleh membeli makanan untuk diberikan kep...