The Shore Sky Tower, Melaka
Assalamualaikum Masa aku pergi kursus selama 2 bulan di Melaka, sempatlah aku singgah di Sky Tower ni. Sky Tower ni sebenarnya di terletak di The Shore Shopping Gallery. Alamat : Level 42, Tower 1, The Shore Melaka, 193 Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka, Malaysia Untuk sampai ke Sky Tower, korang perlu naik liff ke tingkat 42 bersamaan dengan 163 meter dari aras laut .Tapi untu sampai ke Sky Tower, korang kena transit di tingkat 3A. Kalau sebelum ini korang pernah pergi One City Sky Park kat Subang Jaya, aku jamin Sky Tower Melaka ni lagi menarik. Cuma kat situ free je, tapi kat sini kene bayar. Buat masa sekarang RM18 dikenakan kepada pengunjung yang mahu menikmati pemandangan menarik di Sky Tower ini. Sekali masuk RM18 dan korang boleh stay selama mana yang mahu. Di bangunan setinggi 42 tingkat ini anda boleh berjalan di atas jambatan dan melihat panorama bandar Melaka. Gayat...