Posts

Showing posts with the label n9

Nabila Agro Farm, N9

Image
Assalamualaikum Nabila Agrofarm di Kampung Pantai di Seremban. Lokasi hanya 15 minit dari pusat bandar Seremban menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti berkuda, memanah, berbasikal, mini ATV, melawat taman mini haiwan dan train joyride yang sesuai buat sesi keluarga. Dibuka pada Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang. Nak masuk tempat ni free je.  Dalam kawasan ni ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat. Bagi aktiviti menunggang kuda dan memanah RM10 seorang, (train joyride RM5 dewasa dan RM3 kanak-kanak), (tresure hunt RM10 dewasa dan RM5 kanak-kanak) dan (mini ATV untuk kanak-kanak RM10). Ada ayam, kambing, burung unta, kuda rabbit & rusa. Dah macam mini zoo la. Kambing2 kat sini aggresif ya mungkin kelaparan. Asal kitorang hulur sayur confirm dia makan. Siap nak menjulur kepala luar pagar haha. Rabbit ni pemalu suka menyorok. hahaa Pak mertua sis rajin bawak cucu jalan-jalan.  Time ni dak Aleesa masih debab. Gerammm! hahaa Gud girls...

Gunung Angsi, N9

Image
Assalamualaikum.... Mood training is on! Kali ni kasi redah Gunung Angsi dengan member lama & geng Orang Hutan Malaya! Gunung Angsi sememangnya di antara gunung-gunung yang terkenal di Negeri Sembilan dan sering dijadikan sebuah lokasi bagi latihan pendakian. Berdasarkan sumber laman web Malaysia Mountains, Gunung Angsi dikatakan gunung ke 241 tertinggi di Malaysia. Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian. Ada 2 laluan masuk yang dikomersialkan untuk ke puncak Gunung Angsi iaitu Ulu Bendul dan Bukit Putus. Menurut otai-otai ni, laluan ikut bukit putus ni santai jer berbanding dengan Ulu Bendul yang mempunyai trek hardcore. Ekspedisi Ke Puncak Gunung Angsi ini telah disertai oleh 20 orang. Member aku semasa di matrik dulu, Athiah yang mengajak join trip ni. ...