Posts

Showing posts with the label kedah

Gunung Keriang, Kedah

Image
Gunung Keriang ini tersergam setinggi 217.92 meter dari paras laut dan 99 meter dari paras jalan. Terletak di tengah-tengah jelapang padi di Kedah.  Ia merupakan bukit batu kapur purba. I a juga merupakan tempat melombong kristal. Jarak dari alor setar ke gunung ni ada dalam 8km.  Layan sunset di kaki Gunung Keriang APA YG MENARIK DI GUNUNG KERIANG KEDAH? 1. jualan batu kristal 2. jogging track 3. planeterium 4. muzium padi 5. Keriang Hill Resort JOGING TRACK Terdapat track untuk joging dan beriadah di kaki gunung. Anda pasti berpuashati dengan permandangan yang sejuk dan menarik mata memandang.  Selain daripada jogging, anda juga boleh melakukan ativiti hiking. Aku pernah naik ke puncak gunung ni masa aku sekolah dulu. hahaa... mengimbau betul. Masa tu kem rakan muda masa darjah 6 kot. First time hiking masa tu. Memang pancit gler lah. hahaa Next time kalau datang sini lagi bole la hiking pulak. hehehh Layan ABJ dulu.... Ermmm dapnyaaa! To be continued.....

Water Rafting Sg Sedim Kedah

Image
Sungai Sedim adalah tempat yang popular untuk aktiviti white water rafting di Kulim, Kedah. Sungai ini mempunyai regangan sepanjang 15 kilometer dengan air mengalir laju beserta jeram deras yang sangat baik untuk aktiviti rafting. Sebelum start kena buat water confident dulu. Sis pon macam tak berapa confident jugak nak terjun sebenarnya sebab gayat namati! hahaaa Kami dikehendaki terjun ke dalam sungai dari ketinggian 5 meter dan cuba mengapungkan diri dengan bantuan buoyancy aid (BA) dan seterusnya meminta bantuan untuk diselamatkan oleh rafter yang menjaga kami. Cara menyelamat adalah dengan melontarkan segugus tali untuk dipaut oleh kami. Sungai Sedim mempunyai 24 jeram yang mencabar di sepanjang sungai antaranya Salak Drop, Triple Rapid, Kasai Drop, Wall Drop, Lower Head Dam, Kawah Rapid, Jelutong Rapid, Rodeo Rapid, Slip Lip Rapid dan Cyclone Hole. Harga: RM150 - RM180 satu kepala Pelajaran pertama ketika memula naik bot adalah membiasakan diri dengan arahan dari skipper seperti ...