Posts

Showing posts with the label kaabah

Jumaat Di Kota Mekah

Image
  Assalamualaikum 25 November 2022, Jumaat 5.00am Hari kelima di Kota Mekah 1. Di Masjidil Haram, kita perlu memulakan tawaf dari Hajarul Aswad. Jangan mula dari sudut-sudut lain pula sebabnya ada jemaah yang tidak tahu ya. Oleh sebab ramai sangat manusia, kalian akan nampak lampu hijau di bangunan kanan kalian, bahagian atas, boleh nampak lampu hijau itu. 2. Di Masjidil Haram, untuk memulakan Saie, cukup sekadar kita berjalan ke arah bahagian under roof, di level Ground juga nanti pusing mana-mana pun boleh nampak arah ke Saie. Untuk Saie di tingkat kedua, kalian perlu keluar dari tingkat 1 Saie dan naik eskulator. Yang ini agak complicated, jadi ringankan mulut tanya pada mutawif ya. 3. Di Masjidil Haram, boleh solat di bahagian Saie. Jangan risau kalau tiba-tiba azan sedang kita Saie, berhenti dan solat beramai-ramai. 4. Kalau nak solat sunat 2 rakaat selepas Saie, jangan berhenti depan pintu keluar, sebaliknya korang solat dekat-dekat dengan batu / kesan baki di bahagian Bukit ...

Umrah Pertamaku

Image
21 November 2022, Isnin 12.00am Hari pertama di Kota Mekah Labbaik Allahumma labbaik. Labbaik laa syarika laka labbaik. Innal hamda wan ni'mata laka wal mulk laa syarika lak. Ertinya: "Ya Allah, aku memenuhi panggilan-Mu, Ya Allah aku memenuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya pujian dan kenikmatan hanya milik-Mu, dan kerajaan hanyalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu" Ya Allah..aku menyambut seruanmu Finally sampai juga ke kota mekah setelah hampir 8 jam perjalanan dari Madinah. Sampai hotel check in lepas tu terus bersiap-siap untuk menunaikan umrah.  Phewww berdebar pula rasa! Jam tepat menunjukkan pukul 12.00 tengah malam, kami semua para jemaah berkumpul di lobi untuk melakukan umrah bersama dengan Mutawif. Sempat ulangkaji sikit last minit.  RUKUN UMRAH 1. Berniat ihram 2. Tawaf 3. Saie 4. Bergunting atau bercukur Dah ready nak ke Masjidil Haram. Turun hotel jer memang terus masuk ke kawasan dataran masjid.  Cuma nak ke kawasan kaabah tu nak kena me...