Ada apa dengan Khao Yai, Thailand?
Assalamualaikum Pernah dengar tak Khao Yai? Mungkin kalau anda ke Thailand, lepak di kota Bangkok itu dah terlalu mainstream. Aku mencadangkan supaya anda naik sedikit ke sebelah utara iaitu lebih kurang 3 jam perjalanan dari kota Bangkok untuk ke Khao Yai iaitu yang terletak di daerah Nakhon Ratchasima. Nak tahu apa yang menarik di sini? Di Khao Yai, anda akan dapat menikmati kesejukan dan hamparan pergunungan bagaikan berada di Eropah. Disini terdapat Khao Yai National Park yang sangat luas dan meliputi empat wilayah, yang ditetapkan sebagai Taman Negara Thailand sejak tahun 1962. Tempat ini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang popular kerana salah satu air terjun di taman nasional ini, iaitu Haew Suwat, menjadi lokasi shooting filem Leonardo DiCaprio, "The Beach" (2000). Memang filem ini berkisar tentang pergolakan di kawasan Segitiga Emas Asia Tenggara, dan sebahagian besar lokasi shooting-nya adalah di Phi Phi Island. ...