OKU Mount KINABALU challenge 2016
Assalamualaikum Bismillahirahmanirrahim, Segala puji bagi Allah s.w.t pada setiap kerdipan mata dan turun naik nafas. Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah s.a.w, nabi junjungan, rahmat untuk sekelian alam. 2. Terlebih dahulu ingin saya menzahirkan ucapan kesyukuran kehadrat Allah, hanya dengan izinNya dan limpah kurnianya berjaya sudah misi pendakian Team Anak Gunung kali ini seramai 30 orang ke Gunung Kinabalu pada 29-31 Jan 2016. Ribuan terima kasih dan tahniah khusus kepada semua 30 peserta diatas kesungguhan menjayakan trip ini sehingga berjaya dengan cemerlang sekali tanpa sebarang masalah teknikal. Komitmen anda dan kerjasama yang terbaik sepanjang XPDC. 3. Ini pendakian kali ketujuh aku ke Kinabalu selepas mereccee trail baru iaitu ranau trail pada 19 dec lepas. Istimewa sekali Adam aka Azrulkhan Hasrullah yang menggemparkan dunia hiking tanahair bersama XPDC kami kali ini. Dilahirkan dengan keupayaan istimewa, beliau kini adalah ikon belia yang d...