Posts

Showing posts with the label cameron highland

Lavender Garden, Cameron

Image
Assalamualaikum Welcome to Lavender Garden, Cameron Highland. Taman ini bukan sahaja mempunyai lavender, tetapi juga pelbagai spesies bunga bungaan dan juga buah strawberi. Lokasi di 59, Taman Tringkap, 39100 Brinchang, Pahang Taman yang bersih ini tidaklah sebesar mana, tetapi jika anda bernasib baik datang pada musim lavender berbunga, anda pasti terpesona dengan barisan bunga-bunga ungu yang menghiasi taman ini. Oleh kerana anda bukan sahaja boleh memetik strawberri tetapi juga bunga daisi, tempat ini cukup ideal jika anda dalam perjalanan pulang dan masih mencari buah tangan di saat-saat akhir. Ni sebenarnya dah kali ke 3 sis datang kat sini. Saja la teman adik-adik sis yang tak pernah lagi masuk sini. hahaa Dah banyak la perbezaan dia sekarang daripada masa mula-mula dia buka pada tahun 2014 dulu. Harga tiket pun naik juga dari RM5 ke RM15 hengget!  Lavender Garden 2014 Lavender Garden 2015 Harga Tiket Dewasa (RM15) Kanak-Kanak (RM10) Waktu Operasi Isnin-Jumaat 9 pg - 5 ptg Sa...

Bala's Chalet, Cameron Highland

Image
Assalamualaikum Sebut sahaja Cameron Highlands, pasti terbayang ladang teh yang menghijau, sayur-sayuran dan buah-buahan segar, udara yang sejuk dan nyaman dan semestinya buah strawberry yang merah ranum di pokok. Kesemua tarikan ini menjadikan Cameron Highlands tempat percutian evergreen di kalangan rakyat Malaysia. Selain keindahan persekitaran, tanah tinggi seperti ini juga seringkali dikaitkan dengan penginapan ala-Inggeris, mungkin kerana suatu ketika dahulu, ia sememangnya menjadi lokasi retreat untuk golongan berbangsa Inggeris yang menetap di Tanah Melayu. Mungkin kerana itu juga, sehingga kini Cameron Highlands menawarkan hotel-hotel berkonsepkan senibina Inggeris yang boleh didiami oleh para pengunjung. Seronok juga kadang-kadang jika dapat menginap di tempat begini. Sedikit-sebanyak terasa juga seperti bercuti di luar negara.  Bala's Holiday Chalet aka Planters Country Hotel. Hotel ini pernah menjadi sebuah sekolah berasrama khas untuk kanak-kanak berbangsa Inggeris yang...