Posts

Showing posts with the label jim thompson farm

Thailand part 6 - Jim Thompson Farm

Image
Assalamualaikum Day 6 Rabu - (4.1.2017) Perjalanan ke Nakhon Ratchasima - Korat - Lopburi Check out dari Srivicai Hotel bilik no 404 seawal 7.00 pagi lagi.! Fuhhh no bilik dah macam dalam vcd cerita seram zaman sekolah dulu-dulu! Mujur tiada apa-apa perkara angker & misteri nusantara berlaku malam tadi! Hahaa Apa yang menarik di Nakhon Ratchasima ini adalah Jim Thompson Farm. Kami menyewa Songthew dengan harga 1400bath  sehari dan perjalanan mengambil masa sejam dari hotel. Harga tiket masuk ke ladang ni 150bath . Tiket boleh dibeli di semua butik & muzium Jim Thompson di Bangkok ataupun boleh walk in terus disini. Kalau walk in disini pastikan kene datang awal sebelum tiket habis. Ladang ni dibuka setahun sekali sahaja selama sebulan iaitu pada bulan Januari. Ini kerana pada masa ini semua bunga sedang mekar cantik dan buah buahan sudah masak dengan ranum. Memang cun lah timing yang kami datang ni! ...