Castella Cafe, Gerik, Perak!
Assamualaikum 24 Februari 2017 Jumaat Kali ni aku & the geng nak ke Royal Belum Houseboat di Gerik, Perak. Tapi program start pada hari Sabtu pagi. Hari Jumaat tu kami 7 orang bergerak dari Kota Baru menuju ke Pekan Grik dengan jarak perjalanan 215km iaitu mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan pemanduan santai layan corner kat jalan Gerik tu! Line up trip kali ni mantap-mantap belako sek2 klate boh! Nutshell, Remaja Purba, Tee Jay, Bunga Matahari Merah, Amalina gigi besi, Tiqah harry potter dan kak Nurul! Kami singgah sebentar di restoran Castella Cafe untuk menikmati sajian menu bangsawan, Melayu Pattani yang berkonsepkan berkelah di tepi sungai . Kalau nak datang ke sini, korang perlu book dulu dengan tok janggut! Lokasi Castella CafĂ© ini terletak 10km di pinggir pekan Gerik, iaitu di Kampung Padang Stang Mukim Kerunai Gerik, Perak yang berlatar belakang alam semulajadi. Aliran sungai ‘Air Beruk’ yang bersih den...