Posts

Fashion Show

Image
Assalamualaikum... Kali ni kita ke Jitra, Kedahh bagi mengikuti Pertandingan Fesyen dari seluruh Malaysia. Let's check it out yaw! Peserta pertama...tu dia haih penuh photographer kat depan tuh... Nervous mak! Colour block Tema colourful fantasy Konsep bagi pertandingan ini adalah ' Sulaman itu menawan'. Tengoklah sulaman dorang, sangat menawan kau! Menangis ;p Setiap designer perlu menghasilkan 2 pasang rekaan baju iaitu gaya kasual untuk pakaian siang dan glamour untuk malam dengan menitikberatkan aspek sulaman dalam setiap pakaian. Feeling2 macam Project Runway Malaysia ;) ..hahaa Tema kumbang lady bug Wowww sexy! Tema burung merak Korean style Wowwww!.... Saingan semua memang hebat-hebat belaka! Sulaman tangan terdiri daripada sulaman benang, manik dan reben yang sangat cantik, halus dan unik! Memang kreatif. Tema batik Besaqnya bunga cik kak! Bak mai sekuntum...hehee Sul...

Apa itu fesyen?

Image
Assalamualaikum... Apa itu fesyen??...   Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian,kosmetik, tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan berubah mengikut masa. Berfesyen pula ialah menunjukkan atau mengikut sesuatu fesyen (dalam cara berpakaian dan lain-lain) Keinginan Fesyen merupakan keinginan untuk perubahan dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kehidupan.Tujuan kita menutup badan untuk kelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi telah dulu menjadi aspek penting dalam berpakaian. Pada asasnya, tujuan manusia memakai pakaian masih tidak berubah dulu dan kini. Hari ini kita masih memakai pakaian untuk kelihatan sopan, tetapi pilihan kita dalam berpakaian dipengaruhi oleh keinginan untuk menghias diri. Medium Komunikasi Pakaian adalah medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan hanya melihat gaya seseorang kita boleh andaikan status sosial, identiti jantina, orienta...

Jalan-jalan Penang

Image
Assalamualaikum.... Rasa sudah lama tidak ke utara, so kali ni aku nak pergi jalan2 makan angin di Pulau Pinang... Aloha~ muka excited nak lalu atas jambatan ni...hehee Ni sedikit info mengenai jambatan Pulau Pinang ni. Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai. Yeayyy... dah sampai kat jambatan Pulau Pinang! Kerja pembinaan jambatan ni bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan ia memakan belanja sebanyak RM 850 juta.  snapshot Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (''cable-stayed br...