Posts

Gunung Baling, Kedah

Image
Assalamualaikum.... Ade ape ye kat Baling ni? Biasa dengar nama Baling dikaitkan dengan rundingan Baling diantara Tunku Abdul Rahman dengan Komunis terkenal, Chin Peng. Rupanya kat sini ade gunung Baling yang dikatakan mempunyai view yang sangat ohsem! Dari campsite air terjun Lata Bayu, kitaorang gerak ke kaki gunung baling before subuh. Konon nak tengok sunrise kat puncak! Last2 sunrise kemana apa kemana. hahaa.. Start mendaki lepas subuh jugak. Tadaaaaaa!.... dapat tengok view lautan awan yang sangat cantik! Nak menangis tengok view lawa macam ni. Sama jugak nak menangis, layan trek baling yang agak kejam jugak! hahaa....  Trek dia amat-amatlah licin! Aku naik setapak, menggelongsor turun seploh tapak! Sumpah rasa nak give up! Jatuh tergolek, tergelincir tu perkara biasa. hahaa... Kasut aku memang fail lah untuk trek macam nih!... rasa macam nak baling jer! licin giler! Pemandangan kabus & awan sebaik sahaja fajar menyinsing! Priceless! ...

Gunung Pulai, Kedah

Image
Assalamualaikum... Baru-baru ni aku telah menyertai ekspidisi mendaki Gunung Pulai & Gunung Baling yang terletak di Kedah. Line up untuk xpdc ni adalah seramai satu bas & satu van dan diketuai oleh gogo bro Suhaimi aka mimo. Total hangus untuk trip 3 hari 2 malam ni adalah sebanyak RM135. Semua berkumpul di LRT gombak. Kitaorang bergerak dari KL lebih kurang pukul 11 malam & tiba di Pekan Baling ngam2 nak masuk waktu subuh & solat di Petronas. Lalu di kawasan perumahan untuk ke starting point. Briefing dari abang guide yang akan jadi pemandu arah bagi xpdc ni. Ramai juga otai-otai yang join trip ni. Memulakan pendakian, kitaorang melalui jambatan besi melintasi sungai Baling (kira-kira 10 meter lebar). Sepuluh minit pertama kami hanya melalui trek yang landai dan agak lecah sedikit sebab hujan pagi tadi.  Lepas je sepuluh minit trek mula menaik (dengan kecuraman 60-80 darjah). Memang banyak tenaga kena guna samada ten...