Posts

Gunung Merapi tour Pt-5

Image
Assalamualaikum  4 April 2016, Isnin 3.00 am Hari ke-3 backpackers kental trans Java. Lebih kurang jam 3.00 pagi, kami sampai di stesen terakhir di Kota Jogjakarta. Kami dijemput oleh Pak Supir, Mas Jitho. Kami dibawa ke rumah persinggahan sementara sebelum ke Gunung Merapi untuk berehat seketika setelah melalui 8 jam perjalanan yang membengkokan tulang belakang dalam train rakyat marhaen!. Sekali lagi, kitaorang tak tido sepanjang malam! Hahaa… Trip kali ni memang penuh dengan adventure. Memang telinga aku panas je kena kecam dengan geng2 aku nih! Bhahaaa….  Lebih kurang pukul 5.00 pagi, kami memulakan perjalanan ke Wisata Gunung Merapi. Ni pon sama perjalanan penuh berliku ke kawasan Gunung Berapi seperti ke Gunung Bromo. Nak ke Gunung Merapi ni sama jugak kene naik Jeep. Tapi kali ni lagi dahsyat dia punya trek. Jalan dia berbatu-batu kasar kesan dari ledakan gunung berapi. Jeep dia tak de bumbung, so kebarangkalian untuk tercampa...

Petik Epal di Malang & Coban Rondo Pt-4

Image
3 April 2016, Ahad 8.00 am Hari kedua di kepulauan Jawa, Indonesia. Pagi yang indah dan nyaman di Kota Malang! Hari ni kami nak pergi Wisata petik apple! Yeayyyyy! Kota Malang ni terletak 90 km di selatan Surabaya. Ia merupakan kota kedua terbesar di Jawa Timur setelah Surabaya. Ia terletak di tengah wilayah pegunungan di ketinggian 400m di atas permukaan air laut.     Kota Malang ni merupakan kawasan tanah tinggi. Jadi kawasannya subur untuk pelbagai tanaman & sayur-sayuran. Kat sini memang banyak giler ladang epal. Tapi epal dia kecik jer.. Aku baru je ingat epal dia besar-besar! Again, reality vs expectation! Hahaaa…. Tapi walaupun epal dia kecik tapi rangup. Kami pergi ke ladang Bumiaji. Pokok epal dia renek-renek je. Tak tinggi pon. Epal dia kebanyakannya warna hijau sahaja. Better korang pergi sini pada waktu pagi. Masa pagi-pagi, epal dia masih banyak untuk dipetik dan tak terlalu ramai orang. Kalau dah tengahari, cuaca dah pa...