Posts

Hiking Bukit Kutu

Image
Assalamualaikum... Baru-baru ni aku sempat hiking ke Bukit Kutu. Pe rjalanan untuk tiba di sini sekurang-kurangnya mengambil masa selama 90 minit dari bandar Kuala Lumpur. Ia terletak di  daerah Hulu Selangor iaitu di Kuala Kubu Baru yang  berhampiran Kampung Pertak, Selangor.  Line up for today, Ayu selaku gogo, aku, Xue Li & sweeper my bro, Arip! Perjalanan ke Bukit Kutu agak mudah pada permulaannya, tetapi selepas melintasi dua buah jambatan besi, kesukaran mula dirasai apabila perlu merentasi bekas laluan balak. Terdapat juga dua buah gua yang dikenali sebagai Gua Air dan Gua Kambing sebelum sampai ke puncak. Perjalanan atau pendakian untuk sampai ke puncak Bukit Kutu mengambil masa lebih kurang kira-kira empat jam perjalanan yang bermula melalui kawasan perkampungan orang Asli pertak penempatan baharu Kampung Orang Asli Simpang, tidak jauh dari Empangan Hulu Selangor.   ...

Kisah Jogjakarta di Backpackerz!

Image
Assalamualaikum Kali ni ada story pasal Trip Jogjakarta dalam Majalah BackPackerz Vol 9 edisi Oktober 2016! Banyak tempat menarik yang korang boleh melawat kalau datang ke Jogja ni. Harapnya dengan artikel aku ni, dapat lah memberi korang info, gambaran & sedikit inspirasi untuk travel kat sini! Mana nak dapatkan majalah pasal dunia backpacking & travel yang paling laku keras kat pasaran ni? Korang boleh cari kat kedai-kedai buku berhampiran seperti di Popular, MPH, Times & banyak lagi. Tapi kalau nak senang boleh beli dekat pasaraya atau shopping mall yang ada kiosk myNEWS.com. Kalau nak beli online, boleh usha kat fb  BackpackerzMag ! In a nutshell, Happy reading gais & selamat mengembara! 

Artikel Jogjakarta di Berita Harian

Image
Assalamualaikum Artikel ini telah diterbitkan oleh Berita Harian, nota.my bagi edisi Kembara . Akhbar ni bertarikh 25 September 2016, Ahad. Terima kasih Berita Harian!

Pulau Nami Kelantan!

Image
Assalamualaikum Hari ni aku nak jalan-jalan di Pantai timur. Kat sini memang ada banyak pantai-pantai yang menarik. Sebenarnya aku nak ke Pulau Nami Malaysia. Nak tau kat mana? Jommm... Tapi sebelum tu nak pergi kat  Pantai Cahaya Bulan  (PCB). Perjalanan dari Kota Bharu ke PCB lebih kurang 15 minit je.  Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.  Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ni pada masa Perang Dunia II. Pada masa tu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama  ni. Persisiran pantai ni adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ni terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang ...