Posts

Jalan-jalan Ganu Kiter!

Image
Assalamualaikum Kalu tuang gi pata timor Jangan lupa maghi sokmo Negeri terengganu memang sohor Tempat molek, tanah subor Na na na na na Ganu kiter......... Misi ke Kuala Terengganu kali ni adalah untuk menduduki peperiksaan JPA. Jauh benor nak amik exam dari Kota Bharu sampai ke Ganu kiter! Otak dah serabut bila jawab exam yang susah tahap kipas susah mati, almaklumlah kami semua bukannya bebudak yang study law. Jenuh nak menjawab soalan akta-akta nih walaupun open book. Hahaaa... Lepas je habis exam 2 hari, moh le jale-jale tenangkan fikiran.  Destinasi pertama,  Masjid Kristal. Masjid ni merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Masjid ni dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ni boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklum...

Poor Heart - YUNA

Image
"Poor Heart" -Yuna- My poor, poor heart I know you're tired of this all I know I I made the same mistakes a lot I know you never make a sound When you crash onto the ground When I fall For someone I know I always let you down But I'll never give up Never giving up Giving you up for love For love I'll never give up Never giving up Giving you up for love For love My poor, poor heart I remember when you red Now you're tough Slowly turning into black I know you never make a sound Require in my hollow chest When I yell at someone You're louder than a breaking glass But I'll never give up Never giving up Giving you up for love For love I'll never give up Never giving up Giving you up for love For love Giving you for love You up for love Are you thinking what I'm thinking I think it's time for you to start beating again For love Are you f...

Diari Sepanjang 2016

Image
Assalamualaikum Tahun 2016 pon dah hampir ke penghujungnya. Tahun ni banyak sangat benda yang berlaku dalam kehidupan aku.  Bak kata pepatah, Life is About Ups and Downs but It's Your Choice to Scream or Enjoy The Ride.. Tapi benda yang aku tak boleh lupa sekali sepanjang 2016 adalah aku dapat sambut birthday kat atas Gunung Kinabalu! Mungkin ni rezeki yang tak disangka dapat naik Gunung Kinabalu lagi buat kali kedua dengan trail yang baru dan ditaja oleh Team Anak Gunung. Tahun depan konon lah nak sambut Birthday dekat gunung yang lagi tinggi, ABC maybe. Tapi impian tu macam terkubur jer disebabkan bajet yang tak mengizinkan! hahaa... Nampak nyer mereput kat rumah je lah.  Tapi disebalik kegembiraan tu, ada juga kisah sedih bila aku tertinggal flight Paragliding dari Puncak Kinabalu tu & pendakian Adam terhenti di Sayat-Sayat sahaja. Memang kecewa jugak lah tapi semua tu telah ditebus. Hahaaa... Aku dapat terbang Paragliding 2 kali iaitu di Jugr...

Hutan Lipur Lata Tembakah, Terengganu!

Image
Assalamualaikum Dah lama tak pergi mandi manda kat kawasan air terjun. Moh kita ke Lata Tembakah! Lata Tembakah atau juga dikenali sebagai Hutan Lipur Lata Tembakah ni terletak di Hulu Besut, Besut, Terengganu. Ia adalah antara hutan lipur yang terkenal di negeri Terengganu. Hutan Lipur Lata Tembakah adalah di bawah pengawasan Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu di bawah Unit Rekreasi HLLT. Hutan Lipur Lata Tembakah boleh dicapai melalui simpang Kg Oh/ Pasir Akar dan kemudian ke kanan menuju ke Hulu Besut/ Keruak/ Kampung Bukit Payong dari Kuala Terengganu. Jika anda dari Kota Bharu, boleh melaluinya melalui susur ke Hulu Besut/ Kampung Keruak berhampiran jambatan Jerteh. Apa yang menarik, Lata Tembakah ni terdiri daripada air terjun setinggi 7 tingkat dan airnya sentiasa mengalir jernih dan segar dan tiada hentinya. Di pintu masuk Lata Tembakah terdapat satu jambatan gantung. Dalam usaha Jabatan Perhutanan Terengganu (JPT) untuk mempop...

Ada Apa dengan Tadom Hill, Banting?

Image
Assalamualaikum Baru-baru ni, aku balik ke KL dan sempat join program member iaitu bersantai di Tadom Hill.  Tadom Hill ni terletak di Kampung Labohan Dagang, Banting Selangor. Ianya dibina di kawasan yang agak pendalaman dan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Waktu Operasi : Hari Isnin hingga Ahad (10.00 pagi hingga 6.45 petang) Kalau nak datang sini, kena pergi waktu pagi. Dalam pukul 8.30 pagi orang dah ramai beratur dekat kaunter main entrance. So first come first served. Muatan masuk ke Tadom Hill untuk walk in - day pass adalah seramai 150 Orang.  Kalau datang lambat dan dah penuh quota, korang mereputs dulu la, cuci mata dan tunggu sesiapa yang dah keluar baru boleh masuk. Nak tunggu orang keluar, mungkin lambat la dalam tengahari atau petang. Coz bila dah seronok berendam & main air dalam tu memang tak ingat lah nak balik! hahaa  Bayaran masuk : Normal Day Pass Weekday (Mon – Fri) Weekend (Sat – Sun) Peak Sea...