Posts

HIKING KE PINE TREE HILL & TWIN PEAK!

Image
Assalamualaikum Baru-baru ni aku pulang ke KL atas urusan kerja. Tetiba adik aku ajak pergi hiking pulak dengan geng-geng dia! Aishhh aku ni dah la pantang diajak! hahaaa.  Aku pun on je lah memandangkan aku pun dah lama gian nak mendaki gunung! :p Pukul 6 pagi kami bertolak dari PJ menuju ke Fraser Hill. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Fuh layan corner maut nak naik ke Fraser Hill tu pun dah pewai! hahaa Ni first time aku bersua muka dengan Geng B88 outdoor ni. Semua nampak mesra dan sporting! Jam 9.00 pagi kami memulakan pendakian di Pine Tree Trail. Trek pendakian pada mulanya agak santai sambil kami ligat bercerita antara satu sama lain. Sempat berkenal-kenalan sambil trekking.  Trek yang kami lalui sangat jelas dan trek menurun telah terbina dengan tangga-tangga batu dan terdapat sebuah pondok yang mempunyai maklumat mengenai trek pine tree hill.  Terdapat beberapa pondok di dua kilometer pertama trek. Hanya pondok per...

Trip Thailand di Majalah Backpackerz!

Image
Assalamualaikum Artikel aku mengenai backpacking trip ke Thailand telah disiarkan di Majalah Backpackerz volume 13 edisi bulan March 2017. Aku telah berkelana bersama 2 orang sahabatku, Zuliana dan Atikah menjelajah sehingga ke utara Thailand selama 8 hari. In a nutshell, thanks Backpackerz! See u in a next trip!

KL Towerthon bersama Adam!

Image
Assalamualaikum Hujung bulan Januari haritu, aku berkesempatan pulang ke KL untuk join KL Towerthon bersama dengan Adam dan Team Anak gunung (TAG). Program ini adalah sebahagian daripada latihan kecergasan kepada Adam yang akan mendaki ke Gunung Trusmadi di Sabah. Teruja untuk mendaki tangga di Menara KL ini. Kebetulan pula, tarikh hari ni adalah tarikh keramat hari lahir aku! hahaa. So sebelum start aktiviti lain, kita party dulu! yuhuuuu... Member aku, Diana siap buat blueberry cheesecake yang super delicious! Thank babe! Terharu iolls! Kalau nak order kek yang sedap-sedap boleh pm beliau! Sebelum peserta dilepaskan, ada sesi zumba, senamrobik dan canopy walk di hutan bukit nanas.  Bergambar bersama Tan Sri Salleh bin Mohd. Nor yang sudi datang memberikan sokongan kepada Adam dan Team Anak Gunung. Beliau adalah pakar dalam bidang perhutanan dan perintis yang membantu menubuhkan Institut Penyelidikan Perhutanan Ma...