Posts

Reception Nadz & Afiq

Image
Assalamualaikum  Majlis resepsi sis diadakan sehari selepas nikah, 14 Mac 2020 bersamaan hari Sabtu di Ali Grand Hall Stars Avenue, Subang. Memang ngam-ngam je lepas tu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020 iaitu pada hari Rabu selepas majlis resepsi kami.  Nasib baik sempat hantar baju kawen semula dekat butik hari selasa tu sebelum kena lockdown di rumah nak dekat 3 bulan juga. Memang kami anggap ni rezeki juga la sebab sempat melangsungkan majlis kahwin. Plan honeymoon konon-konon nak belayar naik cruise pon kena postponed. Tak tahu la bila boleh pergi. Tapi xpela yang penting kami dah pun selamat mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah.  Sis rasa kesian juga pada mereka yang terpaksa cancel atau postponed majlis kahwin pada minggu berikutnya setelah prepation yang dibuat hampir 99%. Memang sis paham korang memang dah bertungkus lumus berhabis banyak duit, last-last majlis tak boleh dilangsungkan kerana wabak semakin mere...

Solemnization Nadz & Afiq

Image
Assalamualaikum 13.03.2020, Jumaat, 10.30 pagi Alhamdulillah dengan kurniaan ilahi saya telah bergelar seorang isteri pada 13 Mac lepas. Majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang walaupun saya hanya cuti sehari sebelum majlis. Dulu masa nak SPM sis pernah la berangan dengan kawan-kawan nak kawen sepuluh tahun selepas tu iaitu umur 27 tahun. hahaaa.. Now dah terlajak pula. Kita hanya merancang tapi tuhan yang tentukan bila kita akan bertemu jodoh. Semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz sejak kita di dalam rahim lagi. Majlis nikah dibuat pada hari Jumaat di masjid berdekatan rumah sis. Untuk Majlis Resepsi keesokannya iaitu pada hari Sabtu, kami hanya buat sekali jer iaitu di Ali Grand Hall, Star Avenue, Subang. Anak buah Afiq yang cute2 semua! hehee Nikah is done! Kad kawen, digital card, banner, bunting, kotak goodies telah direka oleh hubby. Thank you baby. So sesiapa yang nak design cun untuk majlis korang boleh pm tepi....

Movie yang best boleh layan masa PKP, Part II

Image
Assalamualaikum Wassap gaiss! Kerajaan telah pun memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 29 April hingga 12 Mei ini. Lanjutan itu adalah PKP fasa keempat yang dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19 di negara ini sejak 18 Mac lalu. Fuhhh nak dekat 2 bulan mereputs kat umah nih!  Apa lagi jom la layan movie.... Movie yang tengah box office sekarang ni dekat Netflix. Filem ini berlatar tempat di India. Ia mengenai kisah Tyler Rake (Hemsworth), seorang tentera upahan yang tak kenal erti takut. Dia sering menjalankan misi dari orang-orang besar atau berkuasa.  Anak tokey dadah dari India telah diculik oleh tokey dadah Bangladesh. Misi Tyler iaitu menyelamatkan Ovi, budak yang telah diculik tersebut. Dia punya action memang nonstop macam one shot tanpa cut scene. Teringat pula macam movie 1917. Bertubi-tubi belasah orang. Memang hero sejati la konon dia sorang leh tumpaskan 20-30 ora...

SALAM RAMADAN 1441 HIJRAH

Image
Assalamualaikum Jumaat, 24/4/2020  Hari pertama berpuasa bagi tahun 1441 Hijrah . Bulan puasa kali ni lain dari yang lain. Tiada lagi kemeriahan solat Terawih di masjid dan tiada lagi bazar ramadhan. Berpuasa di rumah.  Solat Terawih pun di rumah. Mari la sama-sama kita tingkatkan amal ibadah di bulan yang mulia ni.  Pertama kali juga sis berpuasa dan berbuka bersama suami. Sis kena masak hari-hari... hehee Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT lah penawarnya, Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAKWA dan TAUBAT lah UBATnya. Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA. In a nutshell, salam Ramadan Mubarak!

Saat Bahagia

Image
Bermulalah saat yang baru Kisah antara kau dan aku 'Ku pasti kau telah terubat Saat seseorang hadir untukmu Dalam hati hanya ada kamu Kau yang miliki semua cintaku Kau menjadi penawar hatiku Sentiasa ada temani aku Aku akan menjaga kamu Meski waktu telah terhenti 'Ku akan tetap disisimu Sampai akhir hayatku Dalam hati hanya ada kamu Kau yang miliki semua cintaku Kau menjadi penawar hatiku Sentiasa ada temani aku Aku akan menjaga kamu Meski waktu telah terhenti 'Ku akan tetap disisimu Sampai akhir 'ku tetap bersama kamu Cinta hati ini tak pernah berubah Seluruh hidupku dan selamanya 'Ku akan terus bersamamu Sampai akhir hayatku Ha-a-a Ha-a-a Ha-a-a Ha-a-a Aku akan menjaga kamu (menjaga kamu) Meski waktu telah terhenti (telah terhenti) 'Ku akan tetap disisimu Sampai akhir 'ku tetap bersama kamu (tetap bersama kamu) Cinta hati ini tak pernah berubah (takkan pernah berubah)...

Movie yang best boleh layan masa PKP

Image
Assalamualaikum Wassap gaiss! Macam dah lama blog ni terbiar sepi! Hahaaa.. Now tengah musim kuarantin kat rumah ni la baru sempat nak update. Disebabkan ada masa terluang ni, boleh la sis marathon tengok movie yang dah lama sis nak tengok. Jom layan.... Contagion adalah filem thriller medik yang bercerita tentang virus yang berasal dari China yang dibawa oleh seorang bussinesswomen (Gwyneth Paltrow) yang kemudian pulang ke Amerika Syarikat.  Pada tahun filem ini dikeluarkan iaitu tahun 2011, ia digarap kepada wabak SARS. Tapi filem ni seolah perkara yang terjadi kepada dunia harini dengan Wabak Coronavirus, Covid19 yang berasal dari najis kelawar. “Contagion” juga cuba membawa perspektif tentang usaha di belakang tabir penciptaan vaksin yang perlu dilakukan, serta yang lebih penting kajian tentang perubahan manusia yang akan berlaku, apabila manusia berada dalam keadaan terdesak dan tertekan. Rating : 8.5/10 Sebuah filem Korea Selatan ya...

Main Ais lagi di i-city!

Image
Assalamualaikum Sekarang baru sis berkesempatan nak update blog. hehee.. Masa ni Malaysia mengalami cuaca yang amat panas tak leh bincang. Sekitar bulan Januari haritu. Panas lit-lit bak ang sebab dh lama tak hujan. So sis decide nak bawa mak kat tempat yang sejuk skit, sesejuk perut mak yang mengandungkan sis dulu. Ehh... hehee..  Ha nak tau kat mana? Jom folo sis.... Sini pakai cashless. Pakai debit card pun boleh. Seorang tiket RM10. Sis datang bertiga dengan mak & adik. So total RM30. Dalam ni tempat dia kecik jer. Dia macam mini Snowalk-icity. Klu nak tempat yang besar korang leh pergi masuk dalam i-city tu.  Snowalk i-city Hello, is it me you're looking for Kat dalam ni korang boleh main salji tak kisah la berapa lama yang korang nak. Main sampai beku pon boleh. Tapi bila dah keluar tak boleh masuk balik! hahaa Tengah feeling2 sejuk dibawah pohon cemara macam kat London gittew! Uiiii mak t...