Posts

Bala's Chalet, Cameron Highland

Image
Assalamualaikum Sebut sahaja Cameron Highlands, pasti terbayang ladang teh yang menghijau, sayur-sayuran dan buah-buahan segar, udara yang sejuk dan nyaman dan semestinya buah strawberry yang merah ranum di pokok. Kesemua tarikan ini menjadikan Cameron Highlands tempat percutian evergreen di kalangan rakyat Malaysia. Selain keindahan persekitaran, tanah tinggi seperti ini juga seringkali dikaitkan dengan penginapan ala-Inggeris, mungkin kerana suatu ketika dahulu, ia sememangnya menjadi lokasi retreat untuk golongan berbangsa Inggeris yang menetap di Tanah Melayu. Mungkin kerana itu juga, sehingga kini Cameron Highlands menawarkan hotel-hotel berkonsepkan senibina Inggeris yang boleh didiami oleh para pengunjung. Seronok juga kadang-kadang jika dapat menginap di tempat begini. Sedikit-sebanyak terasa juga seperti bercuti di luar negara.  Bala's Holiday Chalet aka Planters Country Hotel. Hotel ini pernah menjadi sebuah sekolah berasrama khas untuk kanak-kanak berbangsa Inggeris yang...

Jale2 Klate & Bekwoh

Image
Assalamualaikum Baru-baru ni sis berkesempatan roadtrip ke Klate untuk kerja kawen aka bekwoh adik lelaki sis. Sempat la singgah jalan-jalan sambil mengimbau tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat berchentaaaa... ehh.. Tempat sis kerja mencari rezeki selama 3 tahun dulu...  First time hubby sis datang ke Kelantan & drive paling jauh katanya! Seharian suntuk atas jalan jer. Ni pun mujur jalan tak jem. Ni la rutin sis masa kerja kat sini dulu ulang alik KL-KB drive sorang-sorang. Memang pishang! Now rasakan! hahaa Layan sunset di pantai sabak! Penjaga pantai yang cute & manja! hehe Suatu ketika dahulu Pantai Sabak di sini terkenal sebagai destinasi pelancongan dalam dan luar negara kerana kedudukannya hanya empat kilometer dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Pantai Sabak sebelum ini mempunyai suasana kampung dipenuhi pepohon kelapa dan memiliki nilai sejarah kerana menjadi kawasan pendaratan tentera Jepun sewaktu menceroboh Tanah Melayu pada 1942. Namun semua...