Posts

Picnic tepi Pantai

Image
Assalamualaikum Hujung minggu selalunya waktu bagi keluarga menghabiskan masa berkualiti bersama. So, kalini kita nak pergi picnic! Yeayyy...  Sementara masih kat Johor ni, bapak mertua sis pun bawa la kami berjalan ke tepi pantai yang indah. Dah lamanya tak lepak tepi pantai sambil melayan hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa dan deruan ombak laut yang kencang bergelora seperti juga hatiku! gitteww Nama pantai ni sis dah lupa tapi dia dekat area Kg Perpat Laut, Rengit. hahaa.. Almaklumlah ni cerita jalan-jalan tahun lepas punya baru sekarang sempat nak update. kihkihh Kasi chance la sekali sekala sis nak berchenta.. hehehh Love you to the beach & back! Aummm Keep calm and beach on. Ootd ciked.. ehh   Sky above, sand below, peace within. So bentanglah kain untuk duduk beramai-ramai. Sambil makan-makan layan anak-anak buah main layang-layang & belon buih. Sakan betul budak-budak nih! Seronok la sebab dah lama terkurung tak boleh keluar rumah sejak lockdown haritu. B.E...

Hujung Benua Asia Tenggara

Image
Assalamualaikum Kali ni sis nak jalan-jalan sampai ke hujung benua Asia Tenggara! hehehh So, kalau nak tahu kat mana lokasinya, stay tuned guys.... Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan terkenal di Malaysia. Ini kerana ia merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Ia terletak dalam mukim Kukup, Daerah Pontian, Johor. Kini Tanjung Piai menjadi nama kawasan pilihan raya di Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai parlimen Pontian. Tanjung Piai terkenal dengan restoran makanan laut dan juga mempunyai hutan paya bakau yang indah dan belum terdedah kepada pencemaran mahupun pembangunan. Dari sini, kita dapat lihat bangunan pencakar langit Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor. Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada 2001.  Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh k...

Selamat Hari Raya Haji 2020

Image
Assalamualaikum Masa hari raya haji haritu sempat la sis pulang ke kampung halaman mertua di Pontian, Johor. Ni first time la balik lepas dah kawen haritu. Memang meriah kat kampung ni dengan ipar duai, biras dan anak buah yang ramai. Almaklumlah dalam family sis memang tak de budak kecik. Kalau kat sini fuhhh ramainya! Dah la comel semua! hahaa... Ni pun tak semua ada sebab abang ipar yang di Kedah tak dapat balik.  Sambut hari jadi Mak Mertua sis! Semoga panjang umur & murah rejeki selalu mak. Pergi raya umah sedara mara mak mertua kat sekitar sini. Ni first time sis makan Burasak. Mak mertua sis buat. Mak memang asal dari Benut, Pontian. So berdarah bugis la. Pak Mertua plak orang nogori. Umangaiii.. Lots of mix la.. hehehh Buras atau burasak ialah sejenis masakan Bugis yang berasaskan beras dan santan. Ia biasanya dibuat semasa hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Buras disediakan dengan memasak beras dengan santan. Beras yang sudah masak itu ...

Jalan-jalan Taiping

Image
  Assalamualaikum Bandar Taiping merupakan ibu kota heritage juga bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil. Taiping juga merupakan sebuah pusat bandar lama di Malaysia seperti Pulau Pinang terletak ke utara bandaraya Ipoh. Taiping juga terletak di antara Ipoh dan Butterworth. Daerah Taiping juga berhubung hingga ke pekan Selama dan daerah Krian di Perak. Kereta api baharu Malaysia (ETS) juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam pantas ke Ipoh dan ke Kuala Lumpur Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pendatang Cina yang melakukan aktiviti perlombongan biji timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu.  Persatuan kongsi gelap dari dua pu...