Posts

Jumaat Di Kota Mekah

Image
  Assalamualaikum 25 November 2022, Jumaat 5.00am Hari kelima di Kota Mekah 1. Di Masjidil Haram, kita perlu memulakan tawaf dari Hajarul Aswad. Jangan mula dari sudut-sudut lain pula sebabnya ada jemaah yang tidak tahu ya. Oleh sebab ramai sangat manusia, kalian akan nampak lampu hijau di bangunan kanan kalian, bahagian atas, boleh nampak lampu hijau itu. 2. Di Masjidil Haram, untuk memulakan Saie, cukup sekadar kita berjalan ke arah bahagian under roof, di level Ground juga nanti pusing mana-mana pun boleh nampak arah ke Saie. Untuk Saie di tingkat kedua, kalian perlu keluar dari tingkat 1 Saie dan naik eskulator. Yang ini agak complicated, jadi ringankan mulut tanya pada mutawif ya. 3. Di Masjidil Haram, boleh solat di bahagian Saie. Jangan risau kalau tiba-tiba azan sedang kita Saie, berhenti dan solat beramai-ramai. 4. Kalau nak solat sunat 2 rakaat selepas Saie, jangan berhenti depan pintu keluar, sebaliknya korang solat dekat-dekat dengan batu / kesan baki di bahagian Bukit ...

Ada apa di Taif?

Image
Assalamualaikum 24 November 2022, Khamis 5.00am Hari keempat di Mekah kami melawat ke Kota Taif. Taif, bandar kecil yang terletak di bahagian barat Arab Saudi menjanjikan udara nyaman dan dingin. Perjalanan  mengambil masa kira-kira satu setengah jam menaiki bas dari kota suci Makkah. Kedinginan juga menyebabkan Taif begitu popular kerana menghasilkan buah-buahan segar terutama anggur, delima buah zaitun, bunga mawar dan madu. Cuaca panas kering di Makkah selalunya menarik perhatian ramai untuk berkunjung ke kota Taif ketika musim cuti dan panas. Kami singgah di Masjid Abdullah Ibni Abbas berdoa kerana di situ terletaknya makam Abdullah yang merupakan sepupu Rasulullah. Abdullah memilih untuk tinggal di Taif kerana tidak sanggup dengan balasan di Mekah bagi setiap kesalahan yang dilakukan. Bukan sahaja berbuat kebaikan mendapat pahala 100,000 kali ganda tapi jika berbuat dosa juga, balasannya juga berganda. Nabi Muhammad SAW datang ke Taif untuk tujuan berdakwah tapi kedatangan bag...