Posts

Bukit Kiara

Image
  Assalamualaikum Sempena hari Malaysia, kita bawak dak Elsa p hiking pakai baju Malaysia. hehehh.  cute x kite? Ni masa first time p Taman Persekutuan Bukit Kiara. Ingat nak hiking bukit dia tapi tiber plak langit dah nampak gelap. So pusing-pusing sekitar taman jer.  Lepas tu terus hujan lebat. Mujur tak masuk lagi dalam hutan. hahaaa Muka mama dah macam mandi peluh dah. Dak kecik ni rilek jer macam tak berpeluh pon. hahaa susah bethol nak amik gambo dak kecik ni. hahaaa Disebabkan bukit kiara ni banyak jalan masuk dia, ni kami main redah jer Kesian dak kecik tu terpaling penat sampai tertidur kat belakang tu. hahaa Mama dah pewai ni jom la balik. Tah sesat kemana-mana dah ni. hahaaa Hari ni misi kami gagal ke puncak Bukit Kiara. Tengok la next time kalau rajin kita redah lagi. hahaa In a nutshell, Failure Shouldn't Define You, But It Can Help Shape You.

Water Rafting Sg Sedim Kedah

Image
Sungai Sedim adalah tempat yang popular untuk aktiviti white water rafting di Kulim, Kedah. Sungai ini mempunyai regangan sepanjang 15 kilometer dengan air mengalir laju beserta jeram deras yang sangat baik untuk aktiviti rafting. Sebelum start kena buat water confident dulu. Sis pon macam tak berapa confident jugak nak terjun sebenarnya sebab gayat namati! hahaaa Kami dikehendaki terjun ke dalam sungai dari ketinggian 5 meter dan cuba mengapungkan diri dengan bantuan buoyancy aid (BA) dan seterusnya meminta bantuan untuk diselamatkan oleh rafter yang menjaga kami. Cara menyelamat adalah dengan melontarkan segugus tali untuk dipaut oleh kami. Sungai Sedim mempunyai 24 jeram yang mencabar di sepanjang sungai antaranya Salak Drop, Triple Rapid, Kasai Drop, Wall Drop, Lower Head Dam, Kawah Rapid, Jelutong Rapid, Rodeo Rapid, Slip Lip Rapid dan Cyclone Hole. Harga: RM150 - RM180 satu kepala Pelajaran pertama ketika memula naik bot adalah membiasakan diri dengan arahan dari skipper seperti ...