First time kami menjejakkan kaki di Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarah. Cuma 100 meter dari hotel kami.
Mashaallah tenang rasanya disini!
"Masjid an Nabawi" atau "Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW.
Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi.
Satu jam sebelum solat Subuh akan berkemundang azan untuk mengejutkan korang dari lena tidur dan bergegas ke Masjid.
Cuba belajar solat jenazah, sebab di masjidilharam dan Masjid Nabawi, selepas solat fardhu akan ada solat jenazah. Banyak ganjaran pahala yang Allah SWT janjikan lagi-lagi korang berada di masjid paling berkat.
Korang akan dapat 1000 ganda pahala solat dalam masjid Nabawi manakala 100,000 ganda pahala solat di Masjidilharam.
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya :
"Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang berikut): Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Umrah bulan November hingga Mac boleh dikategorikan musim sejuk, sediakan kelengkapan yang sewajarnya. Bawa juga ubatan2 asas untuk demam , selsema, batuk, kulit kering untuk persediaan.
Usai solat subuh, kami menuju ke hotel untuk sarapan pada pukul 6.30 pagi. Depan ni jer hotel kami, Taiba Front.
Setiap kali lepas solat & menuju ke hotel, bersiap sedia la kesesakan di lobi hotel sebab menunggu lif. Menguji kesabaran jugak la setiap kali nak naik lif. Bersesak-sesak sebab lif dia kecik jer.
Nak ambil makanan pun memerlukan kesabaran jugak nak beratur. hahaaa.. Jemaah negara lain dorang jenis selamba jer potong barisan. Kena banyak bersabar la kat tanah haram ni. Nak marah tapi kena sabo, so marah dalam hati jer la.. hehee
Kena jaga percakapan xleh cakap yang bukan-bukan, kena jaga perbuatan. Di Mekah dan Madinah, jangan cakap sembarangan kerana doa semua cash Allah akan makbulkan.
Alhamdulillah kat Madinah kami ambil full board pakej. Makan 3x sehari. Tapi lauk dia dok ulang itu je la sampai dah hari kelima xleh telan dah. hahaaa
Tips nya korang kena bawa la sambal bilis ke serunding ke, budu ke untuk membangkitkan selera. Sebab makanan dia tak berapa nak ada rasa. (sabo lagi) hahaa
Lepas ni kami nak ziarah Madinah ke Masjid Quba
Kena ingat nombor bas sebab bas kat sini semua lebih kurang sama.
Takut tertukar plak nanti.
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira 3.2km daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba dianggap antara masjid paling suci dalam pegangan penganut agama Islam, mengikut turutannya ialah Masjidil Haram (Makkah), Masjid an-Nabawi (Madinah), Masjidil Aqsa (Baitulmuqaddis), Masjid Quba (Madinah).
Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas dasar taqwa.
Ketika Nabi dan para sahabat berhijrah sebelum sampai ke Madinah mereka telah singgah di sebuah perkampungan yang bernama Quba maka di situlah terbinanya Masjid Quba
SEJARAH RINGKAS PEMBINAAN MASJID QUBA
Awal cerita ketika itu nabi Muhammad S.A.W sedang melakukan perjalanan berhijrah ke kota Yastrib atau sekarang ini lebih di kenal dengan sebutan kota madinah. Ketika tepat pada hari Isnin tanggal 8 Rabiulawal tahun 1 hijrah Nabi tepat berada di kampung Quba iaitu perkampungan golongan Ansar. Disaat itu Ammar RA mengusulkan untuk membangunkan sebuah tempat yang berguna untuk tempat beristirehat pada waktu siang untuk Nabi dan ia juga berguna untuk tempat solat Nabi dan sahabatNya.
Khalifah Abu Bakar dan Ammar RA menggunakan peralatan asas seperti batang dan daun kurma serta batu-bata di sekitar perkampungan berkenaan, akhirnya selama 4 hari Masjid Quba berjaya dibina dan dapat dimanfaatkan setiap umat Islam ketika itu untuk beribadat serta melakukan aktiviti kerohanian yang lain. Bahkan Nabi sendiri yang telah meletakkan batu kiblat pada masjid tersebut.
Masjid Quba didirikan di atas tanah seluas 1,200 meter persegi milik keluarga Kalsum bin Hadam dari Kabilah Amru bin Auf.
Setelah Nabi dan para sahabat selesai mebangunkan masjid Quba ini (Quba pada masa dahulu belum dimasukkan dalam persempadanan Kota Madinah lagi), mereka melanjutkan perjalanan menuju ke kota Madinah. Tepat pada hari jumaat tanggal 12 Rabiulawal tahun 1 hijrah, Nabi tiba di kota madinah.
Para penduduk madinah sangat gembira dengan kedatangan Nabi. Mereka beramai-ramai menyambut Nabi dengan suka cita, penuh kerinduan dan juga penuh rasa hormat untuk Nabi. Dan tepat pada hari itulah Nabi Muhammad SAW mendirikan solat jumaat untuk pertama kalinya dalam sejarah islam dan juga untuk pertama kalinya Nabi mengkhutbah jumaat pada hari tersebut. Dan semenjak itulah kota yastrib berubah menjadi “madinatun Nabi” yang bererti kota nabi. Atau lebih di kenali dengan kota Madinah.
Usaid bin Zahir Radiallahu Anhu pula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya
"satu solat di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."
Burung-burung bebas berterbangan di depan masjid Quba
First time jumpa. Benda rare ni. 3 keping 10 riyal.
Khasiat hati unta adalah boleh merawat ASMA, Menyembuhkan lelah, Merawat batuk,Tambah darah dan stamina.
Pelbagai Cara utk makan:
1. Boleh rebus sedikit, kemudian campur dgn air dan minum airnya.
2. Boleh goreng hati itu dan di makan begitu sahaja
3. Boleh dibakar sedikit/goreng tanpa minyak, tumbuk dgn halus kemudian makan serbuknya atau dicampur air/telur+madu
Ladang kurma
Bersebelahan bukit Uhud ini, terbina sebuah masjid yang diberi nama Masjid Syuhada’ bersempena 70 orang para syuhada’ yang wafat di dalam peperangan Uhud.
Bukit Uhud merupakan tempat berlakunya perang Uhud di antara tentera Islam Madinah dan tentera kafir Mekah dan peperangan itu tentera Islam mengalami kekalahan kerana pasukan yang berkubu di Bukit Uhud melanggar arahan Baginda Rasulullah supaya tidak meninggalkan tempat masing-masing.
Kejadian ini mengakibatkan 70 pejuang Islam mati syahid pada Syawal Tahun Ketiga Hijrah termasuk bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Abdul Mutalib di Lembah Bukit Uhud, Madinah, Arab Saudi.
Lokasi Bukit Uhud atau Jabal Uhud adalah 5 Kilometer di sebelah utara kota Madinah dengan ketinggian 1,077 meter dari aras laut dan panjangnya sejauh 6 Kilometer. Sesuai dengan namanya Uhud bererti bersendiri iaitu bukit ini tidak bersambung dengan banjaran gunung yang lain.
“Jika kita ingin melihat bukit yang ada di syurga, maka ziarahlah ke Bukit Uhud. Nabi SAW bersabda, ‘Bukit Uhud adalah salah satu dari bukit-bukit yang ada di syurga’,” HR Bukhari.
Terdapat kisah menarik tentang bukit Uhud yang pernah bergoncang ketika Rasulullah mendakinya.
Daripada Anas bin Malik RA berkata, ketika Nabi SAW, Abu Bakar RA, Umar RA dan juga Uthman RA menaiki bukit Uhud, lalu Nabi SAW bersabda:
“Tetaplah (jangan bergerak) Uhud, sesungguhnya di atas kamu terdapat Nabi, al-Siddiq (Abu Bakar) dan dua orang yang syahid (Umar dan Uthman).” [Riwayat al-Bukhari (3686)]
Tak lama setelah itu Uhud berhenti bergetar. Demikianlah tanda kerinduan dan kegembiraan Uhud menyambut Rasulullah.
Seronok dengar Mutawif cerita pasal sirah nabi. Esok kami akan ke kaki bukit Uhud pulak untuk tengok lebih dekat lagi & menghayati kisah peperangan uhud ni. Nanti sis cerita pasal perang Uhud ni dalam next posting.
Hati sangat sayu dan dipenuhi rasa syukur apabila direzekikan Allah SWT untuk berada di bukit yang dicintai Rasulullah SAW ni. Di sinilah berlaku pelbagai peristiwa yang memberi kesan kepada kehidupan Baginda SAW dan umat Islam seluruhnya.
Petang tu kami jalan-jalan di sekitar perkarangan masjid.
Banyak kedai-kedai jual baju jubah, sejadah kat sekeliling ni. Sambil cuci-cuci mata shopping la skit souvenier.
Frame gambar besar di hadapan masjid Nabawi
Langit ungu di ufuk timur. Cantiknya. Azan Manghrib pun telah berkumandang.
Sementara nak tunggu waktu ishak tu ada la sembang dengan jemaah dari agency lain. Dorang ada share macam mana nak masuk Raudhah tanpa apps Nusuk. Tapi agak extreme skit sebab kena berebut-rebut. Kami yang dengar pun agak teruja.
Itu la terfikir juga macam mana kalau orang yang tiada handphone macam mana nak masuk Raudhah. Sebab ada juga tengok jemaah yang nampak macam orang susah dari negara India, Pakistan, Afrika dlln. Dorang henfon pun xde apatah lagi internet. Nampak kesian, tidur pun kat masjid. Kalau makan memang ramai orang bersedekah kat sini.
Kami pun pergi ke pintu no 30. Jauh gler terasa berlari-lari anak, kami dari pintu 3 xsilap. Kena pusing hampir separuh masjid ni nak cari pintu 30. Lepas tu kami solat betul-betul kat sebelah pintu tu tapi dia tutup dengan kanvas. Lepas habis jer solat ishak dia buka......
Phewwwww.... meluru semua berlari nak masuk Raudhah! Seriuss macam marathon dah! hahaaa.. Aku just lari biasa-biasa je la sebab dok risaukan mak aku kat belakang. Mak cik aku memang champion! Orang paling pantas berlari! hahaaa
Sekali sampai kat sini dia tutup lagi dengan kanvas! Tercungap-cungap kami. hahaa
Kat sini ada orang yang jaga dia suruh duduk dulu. Tunggu yang belakang tu sampai.
Sekali lagi dia buka kanvas tu........
Phewwww pecutan terakhir! Macam lari tak pikir apa dah macam nak jadi orang pertama yang masuk syurgaaa! gittewww.. hahaa
Memang ramai yang tengah berlari-lari. Antara ramai-ramai tu kami jer yang jemaah dari Malaysia. Sebab ramai yang tak tahu sebenarnya. Bila dah sampai depan tu memang berhimpit sesak betul.
Teringat macam peristiwa Hallowen crowd crush dekat Itaewon street tu. Kalau sorang jatuh ni memang confirm semua akan jatuh. Risau mati kena pijak jer. hahaaa.. Kami pun tak boleh lama-lama rasa macam sesak nafas pulak. Slow-slow berundur keluar.
Jaga akhlak diri ketika dalam Raudhah dan Makam Rasulullah. Jangan tolak-tolak. Jangan terlalu taksub, tengok dorang yang dari negara mana xtau la macam sembah ke apa. Agak extreme sampai menangis meraung depan makam Rasulullah tu. Mungkin mazhab lain.
Boleh solat di ruangan bukan Raudhah yang berhampiran Raudhah. Berdiri dalam ruangan Raudhah hanya berdoa sahaja. Ruangan Raudhah untuk kita yang masuk tanpa apss Nusuk ni sikit je dia bagi dan ia nasib-nasib sahaja dapat, ikut rezeki masing-masing. Tengok dan KENALI TANDA bunga pada tiang berhampiran tempat orang baca khutbah tu.
Alhamdulillah setelah keluar dari Raudhah bergambar depan kubah hijau.
18 November 2022, Jumaat 5.18am waktu Subuh
Selalunya solat subuh pada pagi jumaat di masjidil haram dan masjid Nabawi, Imam akan membaca surah Sejadah pada rakaat pertama. Kalau pun korang tak hafal keseluruhan surah sejadah, at least korang tahu ayat pertama surah tu, then korang boleh alert bila Imam takbir untuk sujud sejadah.
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.
Assalamualaikum Rasa macam nak throwback masa zaman belajar dulu! hahaa.. Aku dulu study kat UPNM. Sepuluh tahun dulu ramai lagi yang tak tahu UPNM tu apa dan kat mana.. Dulu dipanggil dengan nama Atma. Kerajaan menaikkan taraf Akademi Tentera Malaysia (Atma) kepada Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) menunjukkan bukti kesungguhan kerajaan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). MOTO KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI (Duty, Honor and Integrity) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau National Defence University of Malaysia (NDUM) adalah sebuah universiti tentera yang terletak di Kem Sungai Besi Kuala Lumpur. Universiti ini merupakan universiti unik dan butik pertama di Malaysia dengan keperluan dan pembangunan angkatan bersenjata moden. Pada tahun 2008, memiliki sekitar 1,500 pelajar, dengan lebih daripada 1,300 daripada mereka adalah...
Assalamualaikum Kali ni sis nak bawa korang naik satu Gunung yang tengah famous dekat Thailand ni! Apa yang unik, Gunung ni sangat terkenal dengan view awan gebu yang superb! Begitu juga sis yang teringin sangat ke sini kerana pesona awan karpet yang terkenal di puncak Gunung Silipat. Gunung ini sesuai didaki pada sepanjang tahun dan sangat sesuai untuk pendaki yang baru berjinak-jinak untuk mendaki gunung. Lanje video dulu : Gunung Silipat ini terletak di Betong, Selatan Thailand (Yala). Perjalanan kesini mengambil masa 8 jam perjalanan dari KL. Kami bertolak menaiki bas pada pukul 11.00 malam dan tiba di sempadan lebih kurang pukul 7.00 pagi. Semua peserta bersiap-siap dengan pakaian hiking dan peralatan di Masjid Grik sebelum masuk ke imigresen Malaysia-Thailand. Kita akan memasuki sempadan Thailand dari Pengkalan Hulu, Perak dan mengambil masa dalam 45 minit selepas sempadan untuk ke kawasan kaki gunung. Passport dan...
Assalamualaikum 25 November 2022, Jumaat 5.00am Hari kelima di Kota Mekah 1. Di Masjidil Haram, kita perlu memulakan tawaf dari Hajarul Aswad. Jangan mula dari sudut-sudut lain pula sebabnya ada jemaah yang tidak tahu ya. Oleh sebab ramai sangat manusia, kalian akan nampak lampu hijau di bangunan kanan kalian, bahagian atas, boleh nampak lampu hijau itu. 2. Di Masjidil Haram, untuk memulakan Saie, cukup sekadar kita berjalan ke arah bahagian under roof, di level Ground juga nanti pusing mana-mana pun boleh nampak arah ke Saie. Untuk Saie di tingkat kedua, kalian perlu keluar dari tingkat 1 Saie dan naik eskulator. Yang ini agak complicated, jadi ringankan mulut tanya pada mutawif ya. 3. Di Masjidil Haram, boleh solat di bahagian Saie. Jangan risau kalau tiba-tiba azan sedang kita Saie, berhenti dan solat beramai-ramai. 4. Kalau nak solat sunat 2 rakaat selepas Saie, jangan berhenti depan pintu keluar, sebaliknya korang solat dekat-dekat dengan batu / kesan baki di bahagian Bukit ...
Assalamualaikum 11 November 2018, Ahad Baru-baru ni, aku mendaki ke ' Gunung Besar Hantu ' aka GBH yang terletak di Jelebu, Negeri Sembilan. Dengar saja namanya dah cukup untuk orang melabelkannya sebagai tempat yang seram, menakutkan atau berkemungkinan akan terjumpa hantu. hahaa.. So kita teng ok macam mana trek dia seram ke idok?? Pendakian ni disertai seramai 18 oran g. Aku first time jumpa dengan group Mark & Go. Tapi dorang semua ok & sporting! Kos pendakian RM50 termasuk permit, lori untuk masuk ke s tarting point, lunch pack & gogo Min Hoota yang kacak lagi peramah! Aumm... Aku gerak dari PJ pada pukul 12.00 tengah malam. Jalan menuju ke Jelebu terasa amat jauh! Mungkin disebabkan kepekatan malam yang dingin dan kabus tebal yang menyelubungi sepanjang jalan. Kami sampai di tempat berkumpul lebih kurang pukul 4.30 pagi. Lebih kurang pukul 5.00 pagi, lori pun sampai dan ambil kami...
Assalamualaikum Orang Tibet, sebagai salah satu etnik minoriti China, mempunyai sejarah yang kaya dan tradisi budaya yang unik. Dalam budaya Tibet, pakaian sentiasa dianggap sebagai simbol dan lambang identiti yang penting. Pakaian tradisional Tibet terkenal dengan rekaan yang indah dan corak yang bertenaga. Pakaian tradisional Tibet membawa ciri-ciri tempatan yang berbeza, mencerminkan pemahaman unik penduduk Tibet tentang persekitaran semula jadi dan gaya hidup. Pakaian yang paling mewakili Tibet ialah jubah gaya apron yang dikenali sebagai "chuba." Lazimnya dibuat daripada linen atau bulu biri-biri, chubas ditenun dengan tangan yang rumit dan dihiasi dengan pelbagai perhiasan dan corak. Reka bentuk yang unik dan kombinasi warna mempamerkan kebijaksanaan dan rasa estetik orang Tibet. Orang Etnik Tibet tinggal di tempat yang berlainan. Maka, pakaian mereka pun berbeza sedikit antara satu sama lain. Pakaian orang etnik Tibet biasanya mempunyai lengan yang panjang, pinggang ...
Assalamualaikum Cuaca memang panas terik sekarang ni, so sis rasa macam nak berkubang dalam sungai! hahaa Jadi, kali ni kita nak pergi terjun tiruk di Air Terjun Lepoh, Hulu Langat! Ayuh gais! Kenderaan boleh diparkirkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Kami masuk kat dalam kawasan berpagar ni. Kami park kat dalam dekat dengan kolam ikan dengan bayaran RM5 dan dibayar kepada seorang pakcik yang menjaga parkir di situ. Tenang je kawasan ni. Mengikut pengalaman, sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh, penjaga parkir akan menasihatkan korang untuk memakai pakaian yang sesuai. Boleh pakai kasut hiking atau sandal. Kalau pakai selipar jepun takut putus pula nanti sebab ada part trek yang agak curam. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12.00 tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat ...
Assalamualaikum Hai guys, nutshell is back dalam misi backpackers all around the world! hahaaa Dah lama sangat dalam hiatus mode. Now kita ada misi nak menggapai puncak tertinggi di Yunnan! hehee Actually, beberapa hari sebelum trip ni aku xsihat. Demam batuk & selsema. Tapi bila pergi check up rupanya aku kena influenza A. OMG!! Terus pi beli ubat antiviral & rehat cukup-cukup dulu kat rumah. Aishh... takkan nak cancel trip plak kan? Tapi nasib baik masa nak fly tu aku dah ok dah cuma still ada batuk la skit. So kena la pakai mask. “ catching flights not feelings. ” but why not if we catch both?? ehhh... Ok abam pilot wait for me!! hahaaa Still with the same travel & adventurous buddies yang dah 5 tahun kot x travel skali. hahaaa... Last rasanya tahun 2019 trip pergi Gunung Xueshan, Taiwan. Throwback : Taiwan-day-4-summit-attack-xueshan Abi yang sejenis tak kezzah. Semuanya onzz saja! hahaa Fuzah aka assistant yang banyak tolong search google aka merangkap the documen...
Assalamualaikum 29 April 2017, Sabtu, 4.00 am Sempena cuti hari buruh yang lalu, aku telah join XPDC mendaki gunung Baha, Ayam & Stong selama 3 hari 2 malam di Taman Negeri Gunung Stong. Ia terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan . Penganjur program ni ialah dari team B88outdoors yang diketuai oleh gogo Hafiq. Memandangkan aku, Aishah dan Jamil aka Tee Jay memang duduk di Kota Bharu, kami telah bertolak ke Dabong pada pukul 4 pagi. Yang lain semua dari KL dan JB bergerak pada malam semalam. Pukul 7 pagi kami dah sampai di area Dabong dan berkumpul di area stesen keretapi Dabong untuk menunggu team yang lain sampai. Abam Apis yang setia menunggu jodohnya iaitu Puteri Saadong yang tak kunjung tiba di stesen Dabong nih! Bertabahlah abam! huahaaa Memandangkan aku memang dah duduk di Pantai Timur nih, memang aku dah lama aim nak naik gunung stong nih! Hahaa. Sekali adik aku ajak naik dengan ...
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!