Tibet Traditional Outfit
Assalamualaikum
Orang Tibet, sebagai salah satu etnik minoriti China, mempunyai sejarah yang kaya dan tradisi budaya yang unik. Dalam budaya Tibet, pakaian sentiasa dianggap sebagai simbol dan lambang identiti yang penting. Pakaian tradisional Tibet terkenal dengan rekaan yang indah dan corak yang bertenaga.
Pakaian tradisional Tibet membawa ciri-ciri tempatan yang berbeza, mencerminkan pemahaman unik penduduk Tibet tentang persekitaran semula jadi dan gaya hidup. Pakaian yang paling mewakili Tibet ialah jubah gaya apron yang dikenali sebagai "chuba."
Lazimnya dibuat daripada linen atau bulu biri-biri, chubas ditenun dengan tangan yang rumit dan dihiasi dengan pelbagai perhiasan dan corak. Reka bentuk yang unik dan kombinasi warna mempamerkan kebijaksanaan dan rasa estetik orang Tibet.
Orang Etnik Tibet tinggal di tempat yang berlainan. Maka, pakaian mereka pun berbeza sedikit antara satu sama lain. Pakaian orang etnik Tibet biasanya mempunyai lengan yang panjang, pinggang yang longgar dan yang besar.
Kalau ada yang nak kenai awek tibet ni leh pm tepi k! Single & available! hahaaa
Orang etnik Tibet juga suka memakai "Hada". Hada merupakan kain sutera putih yang panjangnya 1 hingga 2 meter. Orang etnik Tibet menganggap Hada cenderamata yang berharga yang selalunya dihadiahkan kepada tetamu yang dihormati.
Topi tradisional Tibet, seperti topi berbulu atau topi tinggi berbentuk cone, sering digunakan untuk melengkapi penampilan sehari-hari mahupun dalam upacara khusus.Topi ini tidak hanya melindungi dari cuaca ekstrem tetapi juga menambah elemen estetika pada pakaian tradisional.
Wanita etnik Tibet memakai jubah yang mempunyai lengan panjang pada musim sejuk dan jubah tanpa lengan pada musim panas. Di dalam jubah mereka yang panjang itu, mereka memakai baju yang berwarna-warni. Mereka juga mengikat apron yang berwarna-warni di luar jubah panjang mereka.
Next entry sis akan share kat mana nak sewa outfit ni ok. Pakej siap sekali mekap & photographer. Kalau dah datang Yunnan tu bole la try ootd kat sini guys!
Tibetan traditional dress | Khampa dress
In a nutshell, dengan memahami lebih dalam tentang pakaian tradisional Tibet, kita dapat menghargai kekayaan budaya dan sejarah di balik setiap helai kainnya dan keunikan busana dari negeri atap dunia ini!
Till then guys!
Previous Entry :
Cantik pakaian Hada org tibet ini..
ReplyDelete