The Jerai Hill Resort, Gunung Jerai
Assalamualaikum
Trip to Gunung Jerai ni sis pergi masa raya haritu. Korang kena book awal kalau nak menginap di Jerai Hill Resort. Masa hari raya, hotel dia close tapi still boleh naik lagi atas Puncak Jerai ni cuma tak boleh menginap.
Sis book dekat trip.com hari raya ke 4 baru available untuk booking bilik. 1 malam RM329.59 include breakfast.
Gunung Jerai ni terletak di antara sempadan Yan dan Kuala Muda, Kedah. Gunung ni menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut . Dulu-dulu jadi panduan kepada pelayar yang berdagang ke negeri Kedah.
Cara nak ke sini, dari Lebuhraya Utara Selatan, keluar ke Exit Gurun. Tak jauh sangat pun ikut je signboard The Regency Jerai Hill Resort. Dari bawah nak ke atas puncak jaraknya lebih kurang 12km. Naik bukit tu biasalah. Kena belok-belok. Kona patah kata orang Kedah.
Gunung ini mempunyai ketinggian sekitar 1,217 meter. Terdapat banyak cerita legenda yang beredar tentang Gunung Jerai.
Yang paling terkenal ialah kisah batu besar berbentuk kapal yang bermula dari kedatangan Maharaja Merong Mahawangsa yang ingin melabuhkan kapal ke Pulau Serai, namun kapal tersebut mendapat sumpahan daripada Sang Kelembai.
Dalam cerita rakyat Melayu, Sang Kelembai ialah makhluk luar biasa yang berhubungan dengan watak kayangan, dengan mempunyai tubuh yang besar dan tinggi, bulu kening tebal, hidung besar, telinga gajah besar, taring. Ada kuasa menyumpah dan menukarkan benda atau manusia kepada batu.
Ia ialah sebahagian mitos yang berhubungan dengan makhluk ajaib, yang menjadi kepercayaan dalam masyarakat Melayu dan di seluruh daerah Nusantara. Si Kelembai memperlihatkan negeri atau daerah berkenaan masih belum dipengaruhi Islam, dengan maksud lain, agama Islam masih belum tiba ke daerah Nusantara ketika mitos ini dikisahkan.
Makhluk ini amat dikenali di Kampung Gajah ketika zaman dulu berdasarkan rujukan orang lama, terdapatnya seorang pemuda bernama Abqari bin Aminuddin memasuki hutan dan terserempak dengan makhluk ini. Beliau kemudiannya ditukarkan menjadi batu lalu emaknya datang memarahinya untuk berhenti berlakon menjadi batu.
Selain itu, terdapat mitos kedatangan Raja Bersiong, yang merupakan orang pertama membuka penempatan di kaki gunung Jerai. Kajian arkeologi pernah menemui sebuah tapak, yang dipercayai sebagai Kuil Kolam Air Sembilan yang kononnya menjadi tempat bersiram Raja Bersiong. Raja Bersiong terkenal dengan tabiat meminum darah.
Gunung Jerai juga dikaitkan dengan perkampungan bunian. Penduduk kampung sekitar Gunung Jerai percaya bahawa terdapat tiga penempatan bunian di Gunung Jerai.
Cerita yang pernah menggemparkan mengenai orang bunian di kawasan ini ialah mengenai kehilangan seorang pemuda berusia awal 20-an pada tahun 2000. Pemuda ini dikatakan mengikut seorang perempuan cantik di gunung tersebut. Akhirnya pemuda ini mati dalam keadaan ngeri di sebuah kawasan air terjun.
Disebalik kisah mistik Gunung ni, pelawat dinasihatkan untuk sentiasa menjaga adab dan elakkan daripada bersikap sombong ketika berada di kawasan ini.
Gunung Jerai merupakan salah satu tempat yang menarik untuk bercuti. Lebih-lebih lagi jika Anda suka mengembara dan meneroka alam semula jadi.
Pemandangan dari sini sangat memukau, dengan panorama sawah padi dan laut yang luas.
Terletak pada ketinggian 1,217 meter dari paras laut, resort ini menawarkan 72 bilik termasuk Superior, Deluxe, Premier, Executive dan Suite. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan moden seperti Wi-Fi percuma, TV skrin rata, minibar, dan bilik mandi peribadi.
Restoran di resort ini menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang halal. Nikmati makanan sambil menghirup udara sejuk dan menikmati pemandangan indah dari kafe yang terletak di lereng bukit.
Beautiful hydrangea.
Nama biasanya bunga Siti Zubaidah atau Bunga Kembang Tiga Bulan yang tersangatlah cantik! Nama "bunga tiga bulan" datangnya kerana bunga-bunganya mengambil masa tiga bulan untuk mekar sepenuhnya dari tunas bunga.
Keunikan pokok Bunga Siti Zubaidah adalah warna bunganya bergantung kepada pH tanah semasa berbunga:
Semakin berasid tanahnya, semakin biru warna bunganya. Semakin beralkali tanahnya, semakin merah jambu bunganya. Semakin neutral tanahnya, semakin putih bunganya.
Bunga ni berasal dari pesisiran dan gunung-ganang pulau Honshū di Jepun.
Tukang kebun seringkali mengawal warna bunga dengan menambah kapur atau aluminium sulfat bagi mengubah tahap keasidan di sekitar tumbuhan.
Tapi siapa sangka dalam cantiknya ia ada benda hitam yang tersembunyi yang kita selama ini tidak ketahui.
Penggemar bunga perlu tahu bahawa bahagian tumbuhan ini terutama cecair atau getahnya mengandungi hydrangin (sejenis bahan sianogenik glikosid), febrifugine, hydrangenol dan loganin.
Bahan kimia ini boleh menyebabkan;
Rasa loyaSakit perut
Muntah-muntah
Cirit bibit
Lemah otot
Sawan
Koma
Sis terpaksa merendahkan diri untuk tengok teropong. hahaaaa
Ni kot batu yang berbentuk kapal yang terletak di puncak gunung.
Taman Dinosaurus di Gunung Jerai, Kedah, dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Taman ini menawarkan pengalaman melihat replika dinosaur bersaiz sebenar, Termasuk T-Rex dan Triceratops. Terdapat juga kawasan permainan bertemakan dinosaur dan kafe di dalam taman.
Ehhh ehh anak dinosour ke ni? hahaaa
Our sorrows and wounds are healed only when we touch them with compassion.
Keep your face always toward the sunshine, and shadows will fall behind you.
Strawberry Farm
Di Ladang Strawberi ni korang boleh petik strawberi segar dan nikmati aiskrim serta produk berasaskan strawberi.
Layan sunset sambil makan ice cream
Sini pun ada jual kaktus
Breakfast dulu...
View daei bilik berkabus gaiss! Tapi tak de la sejuk sangat pun. heheee
In a nutshell, resort ini dikelilingi oleh taman bunga yang cantik dan udara yang sejuk, menjadikannya tempat yang ideal untuk berehat dan menyegarkan minda.
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!