Top of The World, Mighty Khardung La Pass!
Assalamualaikum
Day 4 ( 30.08.2025 - Sabtu )
Leh town (3500m) - Khadrung La Pass (5359m) 39KM - Hunder (3048m) 79 KM
Ni la team kami yang diketuai oleh Amir dari Outerrange Adventure. Dia dah biasa buat trip ride ni kat Ladakh. Kami kenal masa pergi trip Xueshan Taiwan dulu. Dan kali ni, kami bertemu lagi untuk pengembaraan yang lebih besar.
Trip ni memang khas untuk rider motor dan semua dalam team ni memang otai. Tengok diorang, jiwa rider aku memang meronta nak join. Tapi bila fikir balik kondisi kat sini ada jalan yang off-road, salji, cuaca sejuk, altitud tinggi, ride 7–8 jam sehari selama 5 hari, aku tak berani nak ambil risiko. Jadi aku ikut kereta dulu. Ada masa nanti, aku kembali dengan motor. Jwanjihhhh!.....
Paling respek rider paling otai & senior Kak Sue yang berusia 60 tahun dan Adib rider paling muda umur 16 tahun! Dua generasi, satu semangat. Fuhhh.. solo ride kat Himalaya memang luar biasa feel dia!
This is next level!
The Himalayas ahead, let the journey begin!
Traffic jam pulak
Ini baru langkah pertama, tapi keterujaan dah tak boleh sorok. Drive di highway dengan pemandangan gunung yang cantik gila, rasa macam dalam movie. Target kami nak naik sampai puncak bersalji atas tu.
Ogos biasanya tak ada salji, tapi entah macam mana, hari ni kami bertuah. Lepas seminggu hujan tak berhenti sampai airport pun tutup, cuaca hari ni memang terbaik.
Stylo sis!
The very first view of Leh was already breathtaking!
Every angle framed by stunning mountain ranges.
Nampak macam tak de pape je kan. Padahal gayat nok!
Gigil kaki nak berdiri atas batu ni rasa macam nak terjunam kat cerun. hahaaa
Jalan yang kami lalui di Leh–Ladakh ni semua hasil kerja Border Roads Organisation (BRO), agensi yang bina dan maintain jalan di kawasan tinggi, bersalji, dan mencabar.
Tanpa BRO, perjalanan dan pemandangan epik macam ni susah nak dinikmati!
Ni baru first pitstop
Gan kekal rilek tanpa baju sejuk, sedangkan kami semua menggigil menahan sejuk. Tapi kegembiraan jumpa salji buat semuanya berbaloi! Ketawa, main baling-baling snow, dan nikmati momen yang sukar dilupakan.
Rider yang menunggang motor memang tak dapat nak join kami main baling salji. Kami yang naik kereta lebih santai, kerap berhenti di tepi jalan untuk ambil gambar dan menikmati pemandangan.
Berbeza dengan mereka, menunggang motor di sini memang sangat tough! Perlu fokus sepanjang masa, jalan licin, angin sejuk menggigit, badan menggigil, pinggang pun mula terasa. Memang tabik dan salute setinggi-tingginya untuk semua rider.
Setelah 2 jam perjalanan yang memukau, kami tiba di Khardung La Pass, 40 km dari bandar Leh. Dan ini baru separuh perjalanan. Puncak sebenar dan pemandangan epik masih menanti di hadapan.
Congrats dak Adib!
Khardung La bukan sekadar puncak biasa. Terletak pada altitud lebih kurang 5,359 meter (17,582 kaki), ia pernah tercatat sebagai highway tertinggi di dunia!
Bayangkan, jalan ini bukan sahaja sambungkan Leh dengan wilayah utara seperti Siachen Glacier, tapi juga menjadi laluan penting bagi logistik tentera India. Angin sejuk, oksigen tipis, dan panorama Himalaya menjadikan setiap kilometer perjalanan di sini pengalaman yang luar biasa!
I’m at the top of the world at The Mighty Khardung La Pass!
Ketinggian Khardung La lebih kurang sama dengan Everest Base Camp, jadi ride kat sini bukan main-main. Risiko altitude sickness memang ada. Malah ada seorang rider yang tumbang semasa perjalanan.
Nasib baik, kami dah standby dengan local crew yang follow naik dua kereta lengkap dengan tangki oksigen. Kalau rasa tak sihat, kena terus bagitau guide, lebih baik selamat daripada menyesal.
Di puncak Khardung La, bendera-bendera doa (prayer flags) berkibar megah di angin sejuk, menambah keindahan panorama yang sudah pun memukau.
Salji memutih menutupi setiap lekuk gunung, dan warna-warni bendera seolah menyatukan langit dan bumi dalam satu pemandangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Memang rasa seperti berada di dunia lain.
turun gunung memasing kelaparan
Maggi Massala with the view!
Fuhh sedap maggi dia tapi ciput sangat macam 1 pek maggi tu dia belah dua. hahaaa... nak tambah lagi semangkuk macam lambat plak nak tunggu dia prepare, kami dah nak gerak ke next destination.
Memang tak boleh move on dengan view gunung ganang kat sini
Sepanjang perjalanan layan lagu hindustan. Tapi guide ni tiber pasang lagu dangdut indon pulak.. ehhhhh...
Goyal Inul dulu bukkk!
Teringat makan momo macam dekat Nepal dulu
Luncheon dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Nubra Valley.
Selepas menuruni gunung, landskap mula berubah. Lembah Nubra menyambut kami dengan padang pasir sejuk, sungai yang indah, dan kampung-kampung kecil yang damai.
Setelah kira-kira 8 jam perjalanan dengan jarak 118km, akhirnya kami tiba di Hunder, terkenal dengan unta dua bonggol dan suasana desa yang tenang.
Nubra Valley terletak di utara Ladakh, India, dan sering digelar sebagai “lembah di sebalik gunung”. Dua sungai utama, Shyok dan Nubra, mengalir merentasi lembah, menjadikan tanahnya subur walaupun dikelilingi kawasan gersang.
Selain itu, lembah ini kaya dengan budaya Buddha Tibet, jelas kelihatan melalui biara-biara seperti Diskit Monastery yang berdiri megah di atas bukit, menghadap seluruh lembah.
Nak naik unta kena bayar 500 rupee seorang lebih kurang RM23
Setibanya di Hunder, suasana lembah terasa berbeza, tenang, luas dan dikelilingi gunung-ganang yang megah. Di hadapan kami terbentang padang pasir sejuk Nubra Valley, dan di sinilah kelihatan kelibat unta Bactrian, unta berbonggol dua yang menjadi ikon Hunder.
Dengan bulu tebal dan langkah perlahan, unta-unta ini seolah-olah membawa kisah lama Laluan Sutera, ketika pedagang Asia Tengah pernah melalui lembah ini. Melihat mereka berjalan di pasir berlatarbelakangkan gunung bersalji benar-benar terasa seperti berada di dunia yang berbeza.
Fuzah, Nadz, Abi
Unta disini nampak jinak
Sebenarnya kan, sis gayat tahap tak boleh bincang naik unta ni. Hahaaaa… masa unta tu bangun dari duduk, rasa macam dunia senget sekejap. Tinggi weh!
Belum sempat tarik nafas, unta ni terus melangkah bawak sis merentasi padang pasir Hunder. Macam jauh betul dia bawak jalan ni. Langkah dia slow je, tapi goyang tu… ya Allah, sis dah rasa macam penumpang kapal laut. Cuaca sejuk beku, tapi badan sis berpeluh macam buat zumba sebab sibuk cuba kekalkan keseimbangan.
Tangan pegang kuat-kuat, muka senyum paksa untuk kamera, dalam hati pula baca doa panjang berjela.
Walaupun cuak satu badan, pengalaman naik unta Bactrian berbonggol dua ni memang lain macam. Takut tu ada, tapi gelak pun tak berhenti, kenangan paling epik di Nubra Valley!
Walaupun perjalanan hari ini agak panjang dan mencabar, setiap minit di jalan raya terasa berbaloi dengan view yang sangat cantik. Ia bukan hanya sekadar perjalanan dari Bandar Leh ke Lembah Hunder merentasi Khardungla Pass, tetapi satu pengalaman yang meninggalkan kenangan indah.
Esok kami nak ke kampung yang berhampiran sempadan Pakistan pula!
Previous post :
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!