Assalamualaikum
Day 3 ( 29.08.2025 - Jumaat )
Leh Town - Leh Palace - Shanti Stupa
Harini kami nak menjelajah ke Bandar Leh. Kita tengok apa yang menarik kat sini.
Challo bete!......
Depan hotel
Breakfast di hotel
Kat sini biasa lepas makan mesti dia akan bagi ni. Namanya adalah Mukhwas iaitu campuran biji-bijian & rempah yang dimakan lepas makan. Rasa dia manis, dan segar. Ia mengandungi Saunf (biji adas) untuk rasa manis & wangi, Bijan, Gula batu / gula salut. Kadang ada ketumbar biji, kapulaga, atau pewarna.
Fungsi sebenar untuk bantu pencernaan, hilangkan bau mulut dan bagi rasa “closing” lepas makan (macam pencuci mulut ringan).
Mukhwas sangat biasa dalam budaya India. Di kawasan sejuk & tinggi macam Ladakh, rempah bantu panaskan badan & hadam makanan berat.
Cuci mata kat Leh Town. Sempat la shopping fridge magnet, souvenir, baju kurti & pashmina. Nak beli saree macam tak cukup bajet pulak. hahaa
dak Adib. Adik kami sepanjang trip ni. hahaaa
Berchenta...... nak beli simcard pun. Lama betul proses nak setting satu-satu. Kat sini memang tak boleh roaming. So memang kena beli simcard untuk online internet. Nak beli simcard banyak juga prosedur dia. Kena bagi passport & ambil gambar passport. Lepas tu dia akan setting kan kat handphone kami. Harga lebih kurang RM50 untuk seminggu.
Di sebalik kesejukan bandar Leh dan deretan pasar tempatannya, berdiri dua buah masjid yang menjadi nadi komuniti Muslim setempat.
Kehadirannya memberi rasa selesa buat pengembara Muslim, kerana urusan makanan halal di sini mudah dan tidak membebankan.
Dari luar, masjid ini tidak tampil seperti masjid-masjid yang biasa aku nampak. Masjid di Ladakh tampak unik dengan reka bentuk bercitarasa Tibet. Tiada kubah besar berkilau, tiada menara menjulang tinggi. Tingkap-tingkap kayu diukir dengan ayat suci al-quran.
Lunch dulu
Portion makanan kat sini sangat banyak ye. So tips nya boleh la makan ramai-ramai.


Leh Palace: Istana di Atas Awan Ladakh
Berdiri megah di puncak bukit yang menghadap bandar Leh, Leh Palace seakan menyentuh langit Ladakh yang luas dan sunyi. Dibina pada abad ke-17 oleh Raja Sengge Namgyal, istana sembilan tingkat ini pernah menjadi kediaman keluarga diraja Ladakh sebelum ditinggalkan akibat tekanan kuasa luar. Dari kejauhan, binaannya mengingatkan kepada Potala Palace di Tibet, mencerminkan pengaruh seni bina Tibet dan Asia Tengah yang kuat.
Harga tiket murah jer dalam RM5
Dari puncak istana ini, pemandangan landskapnya sungguh memukau. Seluruh bandar Leh terbentang jelas di bawah, rumah-rumah kecil berwarna tanah, jalan-jalan sempit yang berliku, serta Sungai Indus yang mengalir tenang di kejauhan, dibingkai oleh Banjaran Himalaya yang gagah.
Dari ketinggian ini, kota Leh kelihatan kecil dan damai, seolah-olah tunduk kepada kebesaran alam yang mengelilinginya.
Dinding istana yang diperbuat daripada batu, lumpur dan kayu menyimpan kisah kekuasaan yang pernah bernaung di atas bumbung dunia. Lorong-lorong sempit dan ruang dalaman yang sederhana mendedahkan kehidupan diraja yang akrab dengan alam, keras, dingin, namun berjiwa tenang. Dari atas istana, angin gunung berhembus membawa sunyi, membuatkan masa terasa perlahan dan langkah pengembara menjadi lebih insaf.
Hari ini, Leh Palace berdiri sebagai saksi bisu sejarah Ladakh, tidak lagi dihuni raja, tetapi diziarahi pengembara yang mencari ketinggian, ketenangan, dan makna dalam diam. Di sinilah mata memandang sejauh-jauhnya, dan hati belajar untuk merendah diri.
Petang itu, kami ke Shanti Stupa dengan satu niat untuk menyaksikan matahari terbenam dari atas bumbung Leh. Angin gunung bertiup dingin, seolah-olah mengingatkan kami bahawa Ladakh bukan sekadar destinasi, tetapi satu pengalaman.
Saat matahari perlahan-lahan jatuh di sebalik banjaran Himalaya, langit berubah warna daripada biru ke jingga keemasan. Dari atas stupa putih yang tenang, seluruh bandar Leh terbentang di bawah, sunyi dan damai. Ketika itu, kami sedar, penat perjalanan berbaloi, kerana keindahan ini sukar digambarkan dengan kata-kata.

Previous post :
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!