XPDC Gunung Rajah
Assalamualaikum.... 2 Oktober 2015, Jumaat 11.00 pm Aku telah menyertai expedisi mendaki Gunung Rajah bersama Team Anak Gunung (TAG) yang diketuai oleh hikers otai, abang Ariff. Yang join xpdc ni adalah seramai 19 orang. Ade beberapa orang la yang aku kenal dari trip Kinabalu haritu iaitu Cikgu langit ke-7, Saffuan & Ayin. Group photo sebelum start trekking Gunung Rajah ni mempunyai ketinggian 5,526 kaki (1,684 meter) dari aras laut. Ia merupakan jajaran banjaran titiwangsa dan terletak di Pusat Rekreasi Chamang iaitu kawasan air terjun yang popular di daerah Bentong. Kitaorang start trekking pukul 1 pagi. Dah la baru balik keje petang tu lepas tu malam, terus masuk hutan. Rasa macam larat tak larat sangat lah nak mendaki! hahaa... Aku rasa cuak-cuak jugak trekking dalam hutan dalam kepekatan malam. Aku ni dah la rabun malam, aku macam nampak kelabu jer biji mata jalan sepanjang trek! Ke sebab jerebu yang tebal?? Banyak kali jugak lah a...