Chill @ Sg Chiling
Assalamualaikum Harini kita nak bawa dak kecik ni mandi sungai Chiling. Main terjun tiruk! yeahhh Santuari Ikan Sungai Chiling ni terletak di Kuala Kubu Bahru, Selangor. Dari Kelana Jaya, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Sungai Chiling mempunyai keunikan tersendiri berbanding sungai yang lain. Tempat rekreasi ini hanya dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Ia dijaga oleh Pusat Perikanan Daerah Hulu Selangor Di sini dilarang untuk memancing atau menangkap ikan kerana ikan kelah merupakan spesis yang perlu dilindungi. Memang banyak ikan kelah terdapat di Sungai Chiling. Jika anda ingin memberi ikan makan, anda boleh membeli makanan ikan di tapak perkhemahan. kegigihan masak air pakai arang. hahaaaa. Dapur gas camping nyer rosak xleh guna plak Anda dibenarkan untuk berkhemah di tapak perkhemahan di bawah sahaja dan dilarang sama sekali untuk berkhemah di air terjun Chiling. Namun begitu, tapak perkhem...