ABC Trip part 13 : Kathmandu

Assalamualaikum 30 Mac 2018 (Jumaat) Thamel Road 10.00 am - 10.00 pm Hari ke 13 di Nepal. Muka pon dah sebati persis warga tempatan dengan kulit yang semakin tanned! kah3 Till we meet again? Kembali ke Kathmandu, kami check in di Hotel Peace di Thamel Road untuk 2 malam. Hotel 2000npr x 2 mlm = 4000 share 3 orang dengan kekmi & roja. Sorang bayar 1333.33 npr iaitu lebih kurang RM51.28. Hotel backpackers style memang bersepah kat sini. Setiap kali transaksi nak withdraw duit kat mesin ATM, korang akan dikenakan cas 500 npr tau lebih kurang RM20! So kalau nak keluar duit tu sekali harung je! Pastikan korang aktifkan Debit Kad Untuk Transaksi Online & Luar Negara! Thamel road ni memang syorgaa untuk kaki sopim! Banyak kedai yang menjual barangan outdoor, kedai perhiasan rumah, lukisan, buku, pakaian, barangan antik, senjata seperti pisau dan berbagai lagi dijual di sini. Jika anda ke Nepal jangan lepaskan peluang berbela...