Posts

Showing posts with the label arjuno

Javatrip part 1 : Surabaya kami datang!

Image
Assalamualaikum 7 September 2018, Jumaat Salah satu wishlist yang dah lama juga aku idamkan adalah untuk mendaki Gunung Semeru dan tengok bluefire di Kawah Ijen, Surabaya. Ni semua gara-gara aku tengok movie  5cm dan Jilbab Traveller ! hahaa..  Aku plan untuk trip ni dalam 2 bulan je kot.. Beli tiket flight 2 minggu sebelum pergi. Hahaaa.. Harga tiket pergi balik RM571 . Memang redah juga sebenarnya trip tanpa apa-apa persiapan yang rapi.  Serius gais, untuk trip ni aku tak de training apa-apa pon! Takat naik bukit gasing sekali, tu pon peluh hidup segan mati tak mau je keluar! hahaa... Matilanak nak hadap satu lagi volcano yang dikatakan lebih mencabar dari Gunung Rinjani! Mampukah aku untuk sampai ke Puncak Mahameru? Sama-sama kita nantikan!  Let's begin The  East Java Volcano Adventures! Ekspresi mata di rabak di KLIA. Macam biasa, aku yang duduk jauh di pantai timur perlu la bergerak lebih awal. Disebabkan flight kami ke ...

Gunung Bromo Pt-2

Image
Assalamualaikum 2 April 2016, Sabtu, 2.00 am  Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya mengambil masa kira-kira 2 jam. Dari lapangan terbang untuk ke kaki Gunung Bromo pula mengambil masa kira-kira 5-6 jam. Kami sampai sahaja di Surabaya lebih kurang pukul 11 malam selepas penerbangan ditangguhkan beberapa kali. Waktu di Surabaya adalah lewat sejam dari Malaysia. Sampai sahaja di Surabaya, kami telah dijemput oleh supir dengan menaiki kereta MPV terus menuju ke Bromo. Aku telah book dengan Trip Javanesia untuk perjalanan ke Surabaya & Jogjakarta. Nampaknya memang kami hanya sempat melelapkan mata dalam kereta sahaja. Perjalanan aku untuk menjelajah kepulauan Jawa kali ni telah ditemani oleh 3 orang sahabat baik aku iaitu Mustakim, Azelenda & Zuliana. Mereka nampaknya cuba untuk follow itienary aku yang padat dengan adventure walaupun aku kene kecam berkali-kali!  Sorry guys! Travel dengan aku, korang ke...