Javatrip part 1 : Surabaya kami datang!
Assalamualaikum
7 September 2018, Jumaat
Salah satu wishlist yang dah lama juga aku idamkan adalah untuk mendaki Gunung Semeru dan tengok bluefire di Kawah Ijen, Surabaya. Ni semua gara-gara aku tengok movie 5cm dan Jilbab Traveller! hahaa..
Aku plan untuk trip ni dalam 2 bulan je kot.. Beli tiket flight 2 minggu sebelum pergi. Hahaaa.. Harga tiket pergi balik RM571. Memang redah juga sebenarnya trip tanpa apa-apa persiapan yang rapi.
Aku plan untuk trip ni dalam 2 bulan je kot.. Beli tiket flight 2 minggu sebelum pergi. Hahaaa.. Harga tiket pergi balik RM571. Memang redah juga sebenarnya trip tanpa apa-apa persiapan yang rapi.
Serius gais, untuk trip ni aku tak de training apa-apa pon! Takat naik bukit gasing sekali, tu pon peluh hidup segan mati tak mau je keluar! hahaa... Matilanak nak hadap satu lagi volcano yang dikatakan lebih mencabar dari Gunung Rinjani! Mampukah aku untuk sampai ke Puncak Mahameru?
Sama-sama kita nantikan!
Let's begin The East Java Volcano Adventures!
Let's begin The East Java Volcano Adventures!
Ekspresi mata di rabak di KLIA. Macam biasa, aku yang duduk jauh di pantai timur perlu la bergerak lebih awal. Disebabkan flight kami ke Surabaya adalah pukul 7.00 pagi hari Jumaat, aku telah bergerak ke KLIA pada malam khamis 6/9/2018 dengan flight Mas yang berharga RM156. Memang rabak juga poket sebabnya tiket dari KB ke KL semakin mahal sekarang! Mujur la ni last trip aku dari Kota Bharu! I'm back to KL gais! So boleh la farewell party kat atas puncak gunung nanti! hahaa
Aku sampai di KLIA lebih kurang pukul 12.00 tengah mlm, sempat la aku lelapkan mata kejap kat bangku yang ada. Lebih kurang pukul 4.00 pagi baru la muncul kelibat kawan-kawan aku dari KL.
Nasib baik ada juga hiburan dalam flight KB ke KL. Sempat layan movie favourite aku yang dah banyak kali tengok buat kesekian kalinya.. Hahaaa..
'The Secret Life of Walter Mitty'
Aku cuba juga study bajet kalau aku pergi sendiri dan aku ada juga cari pakej dari pelbagai tour guide. Walaupun ada yang murah sikit pakejnya tapi harganya tidak termasuk tiket entrance ke Gunung Semeru, Bromo, Ijen & waterfalls. Tiket untuk masuk ke semua gunung ni boleh tahan mahal especially waktu weekend.
So bila dikira-kira balik, lebih kurang je harganya dengan pakej yang ditawarkan oleh guide dari 'Rumah Pendaki'. Tapi kalau korang nak lagi jimat, boleh ajak ramai-ramai lagi, so boleh jimat untuk kos homestay dan transport.
Nak ke suatu tempat tu, lokasi dia memang agak jauh. Dalam 5-6 jam bagi sehala perjalanan. So bagi aku memang berbaloi amik pakej sekali dengan transport.
Itinerary
Trip Durations : 7 Days 6 Nights
📍 Destinations :
- Museum Angkut Tour
- Surabaya City Tour
- Mount Semeru
- Ranu Kumbolo Lake
- Mount Bromo, Mount Batok
- Sea of sand at Bromo
- Madakaripura Waterfall
- Ijen Blue Fire
- Blawan Waterfall
Price and Details :
IDR 4,750.000/person = RM1317.32
✔ Include :
- Transport acomodation as long as travelling ( including: Driver, Gasoline, parking )
- Jeep 4WD Transportation to explore Mount Bromo & Semeru
- Semeru Entrance fee Ticket (3 days 2 night tracking)
- Madakaripura Entrance fee ticket
- Bromo Entrance fee Ticket
- Ijen Entrance fee Ticket
- Museum Angkut Entrance Fee Ticket
- 1 night Homestay at Tumpang
- 1 night Homestay at Bromo
- 1 night Homestay at Ijen / Bondowoso City
- 1 night Hotel at Surabaya City
- Eat and Meal during Semeru hiking with B, L, D condition
- Camping Equipment : Tent, Sleeping bag, Matrass.
- Porter team
- Local Guide at Semeru, Bromo, and Ijen
Line up untuk trip ni, aku, Adlan, Abi & Fuzah. Thanks korang yang sudi join trip gila aku! Harap jangan menyesal! kah3... Aku kalau dapat sorang geng je pon dah boleh on! Nasib baik la ade Fuza & Abi yang boleh ikut rentak aku.. hahaa.. Lalan pula kawan Abi..
Kami ada jumpa ramai juga orang Malaysia nak ke Surabaya.. Macam geng mak cik-mak cik yang nak pi sopim & jalan-jalan ke Bromo. Dorang ingat Abi & Lan pergi 'Honeymoon Trip'. So ape lagi, membahan la kitaorang sepanjang trip nih! kah kah kahhh.. Tapi kalau betul pon apa salahnya kan! Pray for #Abilan :p
Ready to take off!
Mas wing!
Breakfast Nasi lemak rendang!
Tiba di Juanda Airport, Surabaya!
Kepada yang sakan cakap aku banyak cuti tu, sini aku nak bagitau. Sebelum pergi trip, aku akan tengok dulu kalendar yang mana ada banyak public holiday. Macam haritu, 7-13 September ada 2 public holiday iaitu Hari keputeraan Agong & maal hijrah. Kalau campur dengan sabtu ahad dah boleh dapat 4 hari. So aku perlu apply cuti tahunan 3 hari jer untuk dapat fully cuti selama seminggu. Sebab tu aku jarang join open trip sebab kadang-kadang date tak kena dengan jadual kerja aku.
Nasib juga dapat bos yang baik hati dan memahami. Tapi dia risau juga aku pergi trip ni sebab haritu lombok baru je kena gempa bumi. Siap gurau kasar lagi, jangan nanti saya kena pergi sana (Surabaya) nak kena rescue awok pulak kalau berlaku gempa?! hahaa
Mas Irvan, guide kami yang keren lagi penyabar orangnya dari 'Rumah Pendaki'. Harap jangan menyesal melayan kerenah kami! hahaa
Untuk melihat pelbagai tawaran pakej mendaki gunung yang berbaloi-baloi boleh usha kat Instagram :
Rumah Pendaki
Masa ni baru je habis Asean Sea Games 2018. Indonesia adalah sebagai tuan rumah.
Kem asykar!
Fuhhh, Deep ayat dia!
Boleh nampak gunung Arjuno yang tersergam indah sepanjang perjalanan menuju ke Kota Batu.
Singgah di kedai makan untuk lunch. Dapat je menu terus blurrr nak makan apa? hahaaa.. Yang pasti air paling sedap & memang feveret aku kalau kat indon adalan es jeruk aka limau ais!
Keropok kulit sapi/lembu. Mula-mula makan macam ok. Tapi rasa dia macam aneh sikit. So tanya la dengan guide ni keropok apa. Sekali dia cakap ni keropok diperbuat dari kulit Sapi. Memang rare ni! Kalau kat Malaysia kita panggil kulit lembu. Terus rasa macam kelat, payau dah tak boleh telan! Tersangkut pula bau lembu. Tak leh pergi dah. hahaaaa..
So destinasi pertama kita : Muzium Angkut
(bersambung).......
tunggu sambungan cerita. Kita pun p 2 bulan lepas, tak sempat p ijen
ReplyDeleteThanks great bllog post
ReplyDelete