Hiking Bukit Sri Permata
Assalamualaikum
Actually sis naik bukit ni masa cuti new year haritu, 1.1.2025. Sekarang baru sempat nak update. hahaaa
Bukit Sri Permata ni salah satu bukit hiking santai yang terkenal di sekitar Klang Valley, biasanya orang pergi untuk short hike & exercise pagi.
Lokasi: Seksyen 2, Taman Sri Permata. Landmark dia boleh park dekat kawasan kubur Taman Sri Gombak.
Ketinggian: Lebih kurang 200–250 meter (bukit rendah, sesuai beginner).
Masa hiking: 30 – 45 minit ke puncak (ikut pace).
Laluan: Trek tanah merah + hutan, agak teduh & redup.
Tarikan: View bandaraya KL, sunrise cantik, tempat orang jogging/hiking santai hujung minggu.
Tips kalau nak naik:
- Datang awal pagi atau lewat petang (tak panas sangat).
- Sesuai untuk bawa anak-anak / family (tak extreme).
- Kasut hiking ringan atau kasut sukan dah cukup.
- Kalau musim hujan, trek agak licin sebab tanah merah.
- Sesuai untuk bawa anak-anak / family (tak extreme).
- Kasut hiking ringan atau kasut sukan dah cukup.
- Kalau musim hujan, trek agak licin sebab tanah merah.
Smash Pumpkin!
Not just climbing hills, but building memories with
my little one that will last a lifetime!
Lalu kat kawasan kebun.
Dak ni manjah. Kata nak hiking sekali last-last mama yang kena dukung dia dari atas sampai bawah.
Sado dah mama kendong dak ni 15 kilo.. Fuh mencabar jugak sebab trek dia jauh & agak curam. Teringat macam trek ke Kebun Che Mah. Lebih kurang sama.
Dah berapa kali berhenti amik nafas. Hahaaa
Masa ni dak kecik ni baru jalan skit dah mintak nak dukung balik. hahaaa..
So xde dah nak dukung2 jalan sama-sama k!
Finally sampai kat pondok ni boleh la rest kejap.
Best tempat lepak kat sini. Santai dalam hammock sambil layan view dari atas bukit
Cuaca memang cantik!
The Exchange 106, TRX Kuala Lumpur, Tinggi: 492 m | 95 tingkat
3 highest skyscraper in one frame. Skyline KL antara paling ikonik di dunia.
Merdeka 118, Kuala Lumpur, Tinggi : 678.9 m | 118 tingkat, Kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa.
Menara Kuala Lumpur, Tinggi keseluruhan (termasuk antena): 421 meter
Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur, Tinggi : 452 m | 88 tingkat, Ikon Malaysia sejak 1998, pernah jadi bangunan tertinggi di dunia (1998–2004).
Will keep this tiny leg in my memories!
Little feet, big adventure!
Lunch dulu
Kat atas ni tak de jual apa-apa so bawak makanan siap-siap dari bawah.
Kat sini memang cantik view gunung-ganang!
Untuk ke air terjun pula, perlu turun dari puncak / atau ikut laluan lain dari “junction” dan melalui sungai/trail hutan ke arah air terjun.
Boleh tahan curam trek nak ke air terjun ni. Kena turun ke bawah dengan muatan berat kena gendong dak kecik ni. Pastu rasa macam menyesal nanti nak kena naik balik ke?... Ahhh sudah...
Budak ni memang excited la jumpa air memang nak terjun terus dia. Bagi la dia mandi-mandi skit. hahaa
Thank you aunty Pujah layankan dak kecik ni. hehee
Sape lagi comey, me or mini me? hahaaa
In a nutshell, I'm creating core memories with my mini hiking buddy, the best adventure partner I could ever ask for!
Till next hike!
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!