ALEESA warded
Assalamualaikum 5.6.2022 hari Jumaat aku EL sebab dak Aleesa ni demam, badan dia panas. Tapi sejak dua minggu lepas dia asyik demam on off. Bila malam jer badan dia start panas. Tapi bila pagi nak pergi school dia ok sihat aktif. So siang hari jumaat tu lepas dah mandi makan semua ok jer aktif. Tapi memang start bagi ubat demam. Sampai la malam sebelum tidur dalam pukul 9 malam tu dah bagi siap-siap ubat demam. Malam tu aku pun tidur awal sebab keletihan jaga budak ni. Macam biasa tiap sejam ke dua jam mesti merengek nak nenen so memang aku xleh tidur nyenyak pun. Lepas tu bila aku bangun subuh, dia pun mesti terjaga sekali. Aku xpantau sangat suhu dia tapi bila pegang kepala dia panas aku spray bagi basah kepala. Lepas subuh tu aku bagi dia nenen dengan harapan untuk dia tidur balik. Tapi dah sejam tak tidur pun asyik merengek jer. Aku pun xleh tidur jugak la. Maybe dia lapar kot. Aku pun nak buat breakfast. Letak dia atas kerusi makan. Tapi aku bagi ubat demam dulu dalam pukul 8 pagi...