Aleesa Balik Kampung
Assalamualaikum Lamanya tak balik kampung mertua di Benut, Johor. Rasa last tahun lepas masa bulan 7 tak silap lepas habis PKP 1.0. Masa tu sis belum pregnant pun lagi. Lepas tu start tahun 2021 pun dah PKP balik. Ni sampai la Aleesa dah masuk 6 bulan baru la berkesempatan untuk pulang ke kampung sempena cuti Deepavali haritu. First time juga Aleesa jumpa dengan sepupu-sepapat, uncle2 & onty2 yang lain. First time juga bawa budak ni jalan jauh. Sepanjang perjalanan dia ok takde meragam pun. Mana taknya, selesa dok dalam carseat sampai tertidur. Nyenyak betul 5 jam perjalanan dok tidur. hahaa Seronok betul dia kat kampung ramai yang dok melayan. Semua geram nak dukung budak debab ni & picit pipi dia. hahaa.. Tak de buat hal merengek ke menangis ke apa sepanjang seminggu kat kampung. Baik ehh.. Bila dah balik umah dah tak de orang melayan, dah kuar balik perangai merengek dia. hahaa. Banyak akai dah budak nih! yihhhh Syok dia join mandi kolam dengan sepupu dia semua 12...