Posts

Showing posts from October, 2020

Jalan-jalan Terengganu 2020

Image
Assalamualaikum Lepas jer kerajaan umumkan pkp dah tamat & tiada lagi kes baru masa bulan 7 haritu, memang ramai la yang dah plan nak pergi bercuti. Almaklumlah dah 3-4 bulan terperap jer di rumah tak boleh pergi mana-mana kan. Aku punya plan nak travel ke oversea pun memang kena postpone. Tak tahu lah bila boleh pergi. So kita jalan-jalan cuti-cuti Malaysia je la. Aku memang dah lama teringin nak ke Pulau Redang.  So here we go!... Perjalanan ke Terengganu mengambil masa lebih kurang 8 jam. Kami stay di Hotel Seri Malaysia. Hotel ni dekat jer dengan Pasar Payang. So bila dah sampai jer, check in lepas tu jalan-jalan dulu la ambil angin petang di Pesisir Payang. Jambatan angkat (draw bridge) yang menghubungkan pusat bandar Kuala Terengganu ke Seberang Takir menjadi pilihan kepada pelancong luar dan dalam negeri umpama berada di Tower Bridge, London.  Jambatan angkat sepanjang 638 meter bernilai RM248 juta ni merupakan jambatan angkat pertama di Asia Tenggara dan mula dibina pada Og

KL BBQ Kemensah

Image
Assalamualaikum Harini sis nak review tempat makan yang tengah meletops sambil main celup-celup dalam air sungai iaitu kat KL BBQ Kemensah . Sis pergi ni masa bulan 8 haritu. Time tu covid dah reda skit dah boleh start keluar jalan-jalan sume.   Tempat ni terletak di Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor. Kalau korang nampak zoo negara tu, ha korang jalan lagi masuk sampai dalam kat atas bukit sikit. Waktu operasi tempat ni adalah setiap hari bermula 10am-7.30pm. Bagi aku, better korang booking untuk datang pagi or tengahari. Sebab parking space untuk kereta pun agak terhad. Kawasan dia agak sempit. Menu dia ada macam-macam. Set udang, ayam, ketam, daging or vegetarian. Harga dia boleh tahan mahal jugak ye. Standby duit je la. Kalau korang nak usha menu & harga dia boleh tengok kat sini. Kalau nak datang sini,  sebaiknya buatlah reservation seawal 2-3 minggu awal untuk hari Sabtu, Ahad atau Public Holiday atau 1-2 hari awal jika nak datang pada hari Weekdays

Review Movie : The Way Back (2010)

Image
PKP is back gaisss.. So masa untuk layan movie la.. Hahaa The Way Back merupakan sebuah film drama/perang ditahun 2010 yang diarahkan oleh Peter Weir.  Film ini diadaptasikan dari sebuah buku berjudul 'The Long Walk' karya Slawomir Rawicz, yang menceritakan tentang sekelompok tahanan yang melarikan diri dari camp penjara Gulag di Siberia semasa Perang Dunia II. Film ini dibintangi oleh Jim Sturgess, Collin Farrel, Ed Harris, Saoirse Ronan, Mark Strong, Dragos Bucur dan Gustaf Skargard  dan direlease pada 29 Desember 2010 di US. Film seperti ini cukup menarik perhatian, kerana ia berkisah tentang bagaimana manusia mampu bertahan saat dihadapkan betapa ganasnya alam. Pemandangan yang diambil sebagai latar belakang film ini memang benar-benar indah. Perjalanan yang ditempuh tersangatlah jauh lebih kurang 6400km dengan berjalan kaki melintasi beberapa buah negara, banjaran gunung salji dan padang pasir. Memang betul-betul survival! sinopsis : Pada tahun 1939, Janusz seorang tahanan