Jalan-jalan Terengganu 2020

Assalamualaikum

Lepas jer kerajaan umumkan pkp dah tamat & tiada lagi kes baru masa bulan 7 haritu, memang ramai la yang dah plan nak pergi bercuti. Almaklumlah dah 3-4 bulan terperap jer di rumah tak boleh pergi mana-mana kan. Aku punya plan nak travel ke oversea pun memang kena postpone. Tak tahu lah bila boleh pergi. So kita jalan-jalan cuti-cuti Malaysia je la.

Aku memang dah lama teringin nak ke Pulau Redang. 

So here we go!...


Perjalanan ke Terengganu mengambil masa lebih kurang 8 jam. Kami stay di Hotel Seri Malaysia. Hotel ni dekat jer dengan Pasar Payang. So bila dah sampai jer, check in lepas tu jalan-jalan dulu la ambil angin petang di Pesisir Payang.


Jambatan angkat (draw bridge) yang menghubungkan pusat bandar Kuala Terengganu ke Seberang Takir menjadi pilihan kepada pelancong luar dan dalam negeri umpama berada di Tower Bridge, London. 

Jambatan angkat sepanjang 638 meter bernilai RM248 juta ni merupakan jambatan angkat pertama di Asia Tenggara dan mula dibina pada Ogos 2014. 


Sis teruja tengok jambatan ni. heheee.. Ramai gler orang kat sini bersantai petang-petang sambil bergambar dengan jambatan.


Syok juga layan makan ikan bakar dekat sini tepi laut sambil layan pemandangan indah berlatar belakangkan Jambatan Ikonik ni.


Baru sempat nak pergi honeymoon sejak kawen bulan 3 haritu, lepas tu terus lockdown sampai bulan 7. hahaa


Cantiknya sunset!


Malam tu kami ambil peluang memandu melalui jambatan sepanjang 638 meter ni.


Ikutkan kami nak naik atas jambatan ni, tapi tak sempat sebab dia tutup pukul 5 ke 6 petang macam tu tah. So kalau nak naik menara atas jambatan ni, korang kena datang awal beli tiket dekat bawah jambatan ni.

i love KT




Pagi esoknya, kami nak ke Pulau Redang. Kami parking kereta dekat car park area pasar payang tu. Rate parking untuk 3 hari lebih kurang RM35. Parking space dia luas juga & ada orang jaga.


Ramai gler orang masa ni dekat kaunter tiket. Semua orang berpusu nak pergi holiday kat Redang.

Kena ikut SOP la nak pergi bercuti pun kena sentiasa ambil suhu & pakai mask. Kadang rasa lemas juga asyik pakai mask ni sebab panas & susah nak bernafas. hahaa


Tiket feri. Kitaorang dah bayar pakej untuk 3 hari 2 malam di Redang Beach Resort sekali dengan ferry transfer, penginapan & makan. Total pakej lebih kurang RM400++ ke RM500 per pax. Memang agak mahal juga pakej yang dah kitaorang survey semua. 

Waktu ni, banyak tempat yang dah full book sebab dah boleh pergi bercuti kan. Kami pun grab je la sementara masih ada kosong lagi. 

Tagging bag



Ni la ferry kami.


Perjalanan dari Jetty nak ke Pulau Redang mengambil masa 2 jam juga. Agak jauh juga pulau ni. Sesiapa yang mabuk laut tu, standby la plastik ke makan pil muntah siap-siap. hahaa. Memang pening juga duduk dalam feri ni bila dia bergoyang dihempas ombak.

Teringat macam pergi Pulau Tioman dulu. Naik feri 2 jam juga. hehe




Sementara bosan duduk kat dalam feri, kami pun naik kat atas layan pemandangan laut.


Angin kat atas ni kuat giler. Yang pakai topi tu pegang kuat-kuat la. Sebab dah berapa ramai dah terkorban topi dorang terbang masuk laut. hahaa


To be continued.......


Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Paintball

Gunung Besar Hantu, N9

Asykar Pencen!

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS