Air Terjun Lepoh, Hulu Langat


Assalamualaikum


Cuaca memang panas terik sekarang ni, so sis rasa macam nak berkubang dalam sungai! hahaa

Jadi, kali ni kita nak pergi terjun tiruk di Air Terjun Lepoh, Hulu Langat! 

Ayuh gais!


Kenderaan boleh diparkirkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. 


Kami masuk kat dalam kawasan berpagar ni.


Kami park kat dalam dekat dengan kolam ikan dengan bayaran RM5 dan dibayar kepada seorang pakcik yang menjaga parkir di situ. 


Tenang je kawasan ni.


Mengikut pengalaman, sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh, penjaga parkir akan menasihatkan korang untuk memakai pakaian yang sesuai. Boleh pakai kasut hiking atau sandal. Kalau pakai selipar jepun takut putus pula nanti sebab ada part trek yang agak curam.


Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12.00 tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat sangat. Ada banyak cerita disebaliknya. Seram! Kami sampai sini dalam pukul 9.00 pagi.


Line up harini 7 orang! Ni semua kawan adik aku.. hahaa


Trek ke Air Terjun Sungai Lepoh akan bermula di Asli Adventure Base Camp (AABC). 



First lemme take a selfie! :p #misipipicengkung


Miya & Nadz


Jarak perjalanan ke air terjun daripada Asli Adventure Base Camp adalah sejauh 4km sehala. Dia tulis kat situ tempoh perjalanan sejam 45 minit bagi yang berjiwa kelajuan agaknya! 

Bagi kami yang pace siput ni dalam 2 jam lebih jugak nak sampai. Jalan santai-santai jer.. Laju-laju nak pergi mana bossku?? hahaa


Tulis nama dulu!


Sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh korang perlu menulis nama di buku rekod yang disediakan. Buku rekod ini korang boleh jumpa di kedai runcit yang paling hampir dengan kawasan parkir.


Ikut laluan ini sehinggalah anda menyeberangi sebatang sungai kecil dan juga dua (2) jambatan kayu. 

Di awal perjalanan, anda akan melalui beberapa laluan separuh bersimen untuk kegunaan motosikal penduduk di situ ke kebun. Pastikan ikut laluan tersebut dan abaikan lorong-lorong kecil sepanjang laluan.


Untuk makluman korang, laluan ke air terjun cukup senang. Dalam hal ini, korang hanya perlu mengikut laluan tanah dan laluan bersimen. 



Selepas menyeberangi sungai, ikut laluan sebelah kanan melalui jambatan kayu dan seterusnya akan melalui jambatan kayu kedua.



Sekiranya korang terjumpa laluan yang bersimpang, korang perlu utamakan laluan yang tanahnya kelihatan jelas (kurang rumput dan daun).


 Selain itu, bagi memastikan korang berada di laluan yang betul, korang boleh berpandukan kepada tanda yang dibuat. Tanda ini adalah berbentuk lilitan plastik yang dibuat di batang pokok.


Boleh tahan pacak juga trek ni.




Jangan lupa bawa air & bekalan makanan nak berkelah nanti! Baju tak payah bawa kat kawasan air terjun pun tak pe sebab boleh tukar kat toilet kat area parking tadi!


Terus menyusuri trek tanah ni sehinggalah anda sampai di kawasan kebun getah tetapi sebelum itu, ada beberapa simpang yang akan mengelirukan anda. 


Ladang-ladang & estet-estet! Ehhh...


Boleh tahan pewai nak dekat sejam trekking! Take 5 dulu gaiss!



Kena buli bawa beg Lan Lui-lui! Weh ko bawa apa ni ohoiii, berat macam batu! 


Sebenarnya sis nak training bawa load. Sebab trip kat Xueshan nanti tak de porter! So kena biasakan bawa beg berat! hahaa

Bersepai!



Selepas melalui kawasan kebun getah, sekarang kami masuk di area kawasan hutan tebal!



 Teruskan perjalanan mengikut trek yang disediakan sehingga anda jumpa saluran paip air lama yang tidak lagi digunakan. 


Lepak dulu kat sini melepaskan lelah di paip! Ehh..


Bila jumpa saluran paip air ni maknanya anda dah semakin hampir dengan air terjun.


Ikut saluran paip air tersebut untuk mendaki ke atas dan teruskan perjalanan sehinggalah anda sampai di lokasi Air Terjun Sungai Lepoh selepas lebih kurang 500 meter melepasi sebuah rumah usang.


Paip air yang sudah lama tidak digunakan.


Ni dah sampai part paling hardcore! Trek paling pacak lutut bertemu dagu weh! hahaa


Mental jangan koyak please! hahaaa... Dalam setengah jam juga layan trek pacak ni sampai atas! 

Barai beb! hahaa

Kawan dia ni ada kat mana-mana! Untunglerrr...

Finally sampai juga kat area air terjun! Cari port boekk dulu.


Ramai gler manusia kat atas ni. Memang penuh semua kawasan! Dah macam kat mall.. hahaa.. Ingat ke tak ramai orang. Nasib baik ramai yang dah macam siap-siap nak turun sebab dah pukul 12.00 tghri. Mesti dorang naik ni pagi-pagi lepas suboh kot!


Mak cik bawang boleh mulakan tugas! Banyak isu-isu hangat yang nak dikupas ni! hahaa


Orang suruh kupas bawang nak masak, bukan kupas gossip2 murahan ok! hahaa


Tudiaaaa mana taknya beg berat macam 20 kilo! Siap bawak periuk magic mak, dia rembat bawa masuk hutan si Lui2 ni! hahaa.. Dengan ayam mentahnya... Rempah ratus dlln. Bagus betul Lan! hahaa


Hey gaisss.. Harini kita nak buat ayam panggang peanut butter! Jom kita start! (cakap dengan nada Khairulming) hahaa

 Padu betul chef Lan! Tapi tak tau la macam mana rasanya... Unik betul resipi dia...


Sementara nak tunggu ayam siap, melantak maggi dulu!


Sedap lain maciam tau kalau makan maggi dalam hutan ni! hahaa


Air Terjun Lepoh atau Lepoh Waterfall. Ada juga yang panggil Air Terjun Bukit Lepoh. Kalau anda perasan, signboard nak masuk ada tulis Sungai Lopo. Tak tau mana satu official name dia.

Kat kawasan air terjun ni, ada banyak lebah. Sebab awaaa ni manis, nanti kena hurung lebah pula. Ehh... So prepare la apa yang patut. hahaa.. Pakai insect repellant ke.


Canggih la tepon awaa! Sis dah trauma sebenarnya nak bawa handphone kat kawasan air! Sebabnya dah 2 kali dah tepon sis terjun dalam air! hahaaa... Memang jahanam terus! So next time memang kena beli handphone yang waterproof! 


Sis dah risik2 henfon yang baru ada juga yang memang build in waterproof macam Iphone ni, Samsung & Huawei P20 pro. Memang kena angkat tepon baru ni untuk trip ke Xueshan nanti! hahaa


Yeayyyy!


Memang jernih & sejuk air dia! Bergetar rusuk sis tau! Ingat ke terjumpa jodoh ke, rupanya sebab menggigil kesejukan berendam dalam ni! kahh3


Thorbaekkk weh! Sis teringin nak join main sliding kat atas tu sampai bawah! Tapi sis gayat terok nak naik batu ni sebab licin... So tengok je la budak-budak ni sakan main slide... Dah macam kat Sunway Lagoon meriah dia! hahaaa... Merecik hawau air tempias kat muka kami! Alaaa video dia mana tah sis dah tak jumpa!


Best weh!


Tak boleh rendam lama-lama sebab sejuk giler! hahaa


Lepas dah penat main air, kami pun melantak la ayam panggang peanut butter Ladies Choice tadi! Lupa nak ambil gambar sebab dah lapar terok! Rasa dia boleh tahan juga sedap! hahaa.. Thanks Lan Lui2! Boleh la try kat rumah nanti kalau rajin! kahh3


In a nutshell, best kalau nak bersantai-santai layan waterfall kat sini bersama teman-teman! 

See ya in a next trip! #roadtoXueshan





Comments

  1. Baru jejakkan kaki semalam, kalau nak mandi kat air terjun atas kena stanby garam atau air cuka. Badan member gatal2 lepas mandi. Yang best masa turun hiking mandi hujan, tak terasa penat. Yang penting semua enjoy

    ReplyDelete
  2. Maaf nak tanya, kalau ke sini ada limit tak berapa orang boleh masuk,pematuhan sop macam mana ya?? Kalau nak call pihak sg lepoh ada nombor tak?? Risau pergi dalam 6 orang ada limit dia pula. Harap kawan-kawan sudi jawab ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sekarang sy xpasti macam mana SOP dia. Mungkin sis boleh tanya kat group FB Hiking & Camping ke

      Delete
  3. Assalamualaikum, nak tanye trek dia banyak x yg pacak atau menjunam, atau biasa2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. Trek dia ok jer santai2.. cuma nak ke air terjun je ada pacak skit

      Delete
  4. Replies
    1. haritu xde pulak sbb cuaca panas. Klu hujan maybe ada pacat

      Delete
  5. untuk Nov 23 ni, perlu permit ke nak masuk tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpasti sbb ni pun pergi 5 tahun lalu. Tapi dulu xperlu permit just bayar parking & tulis nama sblum masuk ke kwsn trekking. Kalau nak kepastian cuba tanya dlm group hiking kat fb. Hati2 juga sbb skrg musim hujan so better pergi awal pagi.

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Paintball

Jumaat Di Kota Mekah

YUNNAN, CHINA

Gunung Besar Hantu, N9

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

BAHASA HIKERS