Hiking South Africa, Sepang


 Assalamualaikum

Hari ni kita nak ke Afrika gaisss! Waka-wakaaa eyyy ehh



Bukit South Africa (juga dikenali sebagai Bukit Baka/Bukit Unyang) yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang ialah lokasi hiking popular kerana pemandangan tanah merah dan batuan gondolnya yang menyerupai pemandangan savana di Afrika Selatan.


Gunakan Waze/Google Maps ke Bukit Baka Salak Tinggi atau kawasan kejiranan Taman Seroja / Medan 8. Parkir kenderaan di tepi jalan secara berhemah tanpa mengganggu laluan penduduk.


Flight nak mendarat dah gaiss!


Cabaran utama di Bukit Unyang / South Africa Sepang ialah tiada langsung trail mark. Kawasan ini bukannya trek hutan simpan rasmi yang diselenggara, sebaliknya kawasan lapang bekas kuari dan laluan tanah merah. Sebab itu tiada penanda (trail marking) atau papan tanda rasmi.




Panduan Supaya Tidak Sesat

Guna Aplikasi GPS/Trek: Sebelum mula mendaki, muat turun trek menggunakan aplikasi seperti Wikiloc, Strava, atau AllTrails. Cari laluannya bawah nama "Bukit Unyang" atau "South Africa Sepang". Anda boleh ikut laluan laluan pendaki terdahulu melalui GPS telefon.


Patuh pada Laluan Utama (Dirt Track): Elakkan masuk ke semak-samun atau simpang kecil yang terlalu tebal. Ikut lalu-lalang kenderaan 4x4, motor kotor (scrambler), atau trek tanah merah yang jelas nampak dilalui orang.


Sertai Kumpulan Lain: Jika pertama kali pergi, elakkan mendaki berseorangan. Cari hari Sabtu atau Ahad pagi kerana selalunya ada ramai pendaki lain atau geng jogging/trail run yang boleh anda ikuti.




Kat sini tak de line gaiss! So kalau baru nak tengok maps memang pishang loading... hahaaa...Sebab keliling kawasan hutan sawit.  So siap-siap download Alltrails.



Sepang, South Africa checked!




Daki kawasan batuan terdedah yang menjadi spot gambar utama. Berhati-hati ketika memijak batuan pasir licin dan tanah yang terhakis.


yeayyy berjaya cantumkan gambar ni dengan background bukit belakang tu.. 

Fuhh macam match pula kan! hahaaa

Actually gambar ori background buku ni dekat Ladakh, India.




tengok view kat sini teringat gunung kat Ladakh haritu sebab dikelilingi warna-warna earth brown... ahhh rindu


Nak dapatkan buku sis boleh klik kat link ni :






Pemandangan unik bentuk muka bumi terbuka di Bukit South Africa, Sepang..


Ada yang berani naik sampai puncak belakang tu. Tapi sis maleh la sebab gayat! hahaaa


















Bukit Unyang/South Africa terletak sangat hampir dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA/KLIA2). Oleh sebab laluan penerbangan (flight path) berada tepat di atas kawasan bukit ini, pesawat yang hendak mendarat biasanya akan terbang pada aras yang agak rendah.




 Kawasan ini sangat terbuka dan kurang pokok teduh di bahagian puncak. Datang seawal 7:00 pagi atau selepas 5:00 petang untuk mengelakkan cuaca terik, serta bawa sekurang-kurangnya 1 liter air minuman dan topi/payung.




In a nutshell, till next hike guys!







Comments

Popular posts from this blog

Review ActionCam SJCAM RED SJ4000 wifi

Asykar Pencen!

Tuan Rumah Sombong?

Hiking Bukit 527, Sepang

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Hiking Bukit Sri Permata

Hiking The Rock, Bandar Ainsdale Nilai

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha