Episod 1 : Kerinci kami datang!
Assalamualaikum 13 Ogos 2017, Ahad 10.00pm Let's the journey begins! Aku keluar dari rumah pada pukul 9.00 malam menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu yang mengambil masa selama 15 minit. Sebelum tu singgah untuk mengisi perut dulu di gerai makan berhampiran airport. Thanks abam Tee Jay lanje kami semua! Terima kasih juga kepada my lovely housemate, Ecah & Ros yang sudi hantar aku ke airport setiap kali trip. Jasamu dikenang babe! Mereput di airport KB Sampai di airport, terus check in bagpack. Flight aku sebenarnya pukul 11.00 malam. Tapi delay ke 11.40 malam. Pukul 10.00 tadi aku dah kalut-kalut check in beg tapi tengok-tengok flight ke KL delay pulak! Adehhh... Sejam lebih jugak la menunggu. Sempat juga sembang-sembang dengan orang sebelah. Dia lagi kesian sebab flight yang sepatutnya pukul 6.00 petang tapi delay sampai ke 11.45 malam. Bertabah je lah sis! Pemandangan udara di malam hari Aku touchdown KLIA2 le...