Posts

Showing posts from April, 2018

Preparation ke ABC!

Image
Assalamualaikum

Mendaki gunung di Banjaran Himalaya terutamanya ke Annapurna Base Camp (ABC) yang terletak di Nepal adalah impian kebanyakan para pendaki termasuklah aku. 

Pendakian aku menuju ke ABC melalui Poonhill yang berada di ketinggian 4,130 meter dari paras laut mengambil masa selama 9 hari berjalan kaki dengan jarak sejauh 183km! 
Bersepai sedaraaaa! (amik ayat Zek :p)

Ia adalah suatu perjalanan indah yang sangat menakjubkan merentasi dari gunung ke gunung, mencabar kekuatan fizikal dan mental, penuh berliku dengan tawa dan airmata. Kembara diri mencari erti hidup dari Malaya ke Himalaya, ku temui cinta di Annapurna!
Waduhhh Asyiknyaaa! hahaa

Aku telah merancang sendiri segala perjalanan dan perbelanjaan untuk trip ini. Aku cari agen melalui pelbagai sumber. Berpuluh agensi juga aku survey dan tanya quotation melalui email untuk bajet trip ABC ni. 
Lastly, aku berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Deepak Aryal iaitu pengurus bagi Agensi ‘Eagle Eye Trekking’. Dia menjawab …

Ladies nite!

Image
Assalamualaikum


Geng lepak-lepak sempena menyambut kepulangan sahabat yang pulang bercuti dari Negara seberang, Saudi Arabia & Negeri seberang, Klate... hahahh
Ya habibi... Ya Maulanaaa boh

20 years of friendship and still countings.... #bloodsisters#blessed






Tung larrr dah makin kuruih skang! Nampak dah jawline tuh! hahahhh



Cover ayu pulop dah! Acah-acah betol! hahaaa

tu dah kuar dah perangai shy-shy shaiton! kah3



Kelantan Street Art

Image
Assalamualaikum


Sekarang ni dah banyak dah tempat yang ada memaparkan Street Art. Ianya menjadi salah satu tarikan pelancong samada dalam negara ataupun luar negara.


Satu lagi tarikan di bandar kota Bharu yang tidak wajar dilepaskan peluang oleh pelancong luar Kelantan ialah Kota Bharu Street Art. Mungkin ada dalam kalangan warga Kelantan sendiri yang belum menjejakkan kaki ke sini. 


Lokasinya adalah di celah-celah bangunan di Medan Ilmu Kota Bharu berhampiran bulatan besar di bandar Kota Bharu. Boleh juga waze / maps : Jalan Dato Pati .

Sampai jer sini terus terpukau dengan hasil seni kat sini. 



Kelantan Darul Naim

Rice to wednesday aka nasi kerabu boh! hahaa


Palestine Street Alley Art, Kota Bharu Kelantan


Tidak ketinggalan juga terdapat mural kebudayaan dan kesenian negara timur tengah. Termasuklah unta, pokok tamar, permaidani dan sebagainya. 

Ya habibi ya maulana