Selamat Tinggal Patta Timo!
Assalamualaikum..... 30 September 2014, Isnin Harini kita sambung jalan-jalan di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan. Aku dok perati signboard kat sini suma dalam tulisan jawi. Fefeling macam kat negara timur tengah plak.. hehehh Ada pokok kurma kat tengah2 roundabout jalan raya Pintu gerbang waktu siang Kampung kraftangan Muzium diraja, Istana Batu Bazar Tengku Anis Kitaorang nak pergi shopping kat Pasar Besar Siti Khadijah Pasar ini menjadi 'trademark' bila berkunjung ke Kota Bharu. Nama Siti Khadijah diberi adalah sebagai penghormatan ke atas golongan wanita yang banyak berniaga di kompleks ni. Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Telur penyu Tingkat bawah Di bahagian bawah pasar, antara yang dijual adalah barangan basah, kuih muih, sayuran, beras, buah-buahan, lauk dan keperluan asas dapur. Barangan di tingkat bawah biasanya dibeli oleh penduduk setempat....