Posts

Showing posts from 2019

TAIWAN DAY 3 : Cika Cabin - 369 Cabin

Image
Assalamualaikum

11 Mac 2019, Isnin, 7.00 am
Cika Cabin - 369 cabin


Ready angkat sauh gaiss!


Agak-agak berapa kilo beg boss kita ni?? hehee



Suasana kat sini yang berkabus, sepi macam teringat pula dengan satu cerita horror ' The Cabin in the Woods' hahaaa... So far tiada la kejadian aneh-aneh malam tadi! Cuma dia punya sejuk tu tak boleh bincang gaiss! Freezing Cold!
Dah pakai baju 5 lapis pon macam tak de efek dengan dibalut sleeping bag lagi!  Menggigil terok! Adehhh... Memang 'hot patch' amat la berguna nak kasi panas skit tapak kaki & tangan yang dah rasa macam nak kena frostbite! hahaa.. Ni belum kena salji lagi ni..:p

Kan selalu banyak kisah seram pasal kabin kat tengah-tengah hutan! Pastu ada keluar makhluk pelik-pelik la. Haa ni semua pengaruh movie! Banyak sangat tengok cerita hantu... hahaa
Cuma dengkuran je la yang kedengaran diselangi bunyi cengkerik! Krikk-krikk... Berlawan-lawanan... Memang padu! hahaa