Posts

Showing posts from June, 2021

Buku Travel Terhangat dipasaran!

Image
Assalamualaikum What's up gaiss! Hari ni sis nak share 1 buku mengenai travel yang best! Sebab apa best?? Sebabnya sis pun salah seorang penulis yang terlibat dalam projek buku ni.. hehehh Buku Wisata Terbang Inspirasi ni himpunan 50 jurnal pengembara.  Walaupun sekarang ni hanya mampu travel ke hati awaa jer, tapi bila baca buku ni sis rasa hanyut dalam pengembaraan bersama 50 org penulis yang hebat-hebat. Kembara 27-Bromo yang asyik! Kisah ni sis dah tulis 5 tahun dulu. Projek buku ni sebenarnya dah lama. Diilhamkan oleh penulis, Ida Ra yang mengumpulkan story2 travel dari 50 orang penulis.  Tapi disebabkan banyak cabaran untuk mengumpulkan karya-karya dari semua penulis, ada yang tarik diri, lepas tu kekangan dari segi bajet, lepas tu tetiba kena PKP lockdown kilang tak boleh nak beroperasi nak cetak buku, akhirnya selepas 4 tahun baru la siap buku ni sepenuhnya!  Phewww... Tengok tajuk pun dah berkobar-kobar sis nak baca! hehee Memang menarik kisah-kisah yang dikongsikan! Teras

My Princess!

Image
Assalamualaikum Alhamdulillah saat ni baby dah masuk 2 bulan dah. Nampak sangat dah lama sis tak update blog. heheee. Kadang-kadang macam tak percaya lagi dah jadi seorang ibu. Hidup memang bertukar 360 darjah. Tak de dah masa nak rileks2 macam dulu.. Hahaa.. Agak kelam kabut sikit la nak urus baby. Nasib baik hubby rajin menolong. Dah semakin debab, tangan ketak-ketak! hehee masa ni baru sebulan dalam perut mama Bila aku dah jadi ibu ni, banyak benda yang nak kena belajar. Sekarang masih berperang dengan emosi, penat, mengantok. Tapi dari hari ke hari sebenarnya semua ni mengajar aku jadi lebih sabar. Macam ni rupanya pengorbanan seorang ibu , kesian mak aku dulu jaga aku ngan adik beradik 6 orang plak tu.. fuhhh sado betul bila dah jadi mak2 ni kan. kalau tak sado tak mampu nak bersalin la kan even sakit sangat2. Tapi jangan risau sebenarnya kekuatan tu akan datang sendiri.  Nampak je tak kuat tapi semangat tu akan datang lebih2 lagi tengok muka baby, cuma semangat ibu2 akan hilang b

Pengalaman Bersalin

Image
Assalamualaikum 12 April 2021. Isnin, 9.00pm, 30 Syaaban 1442H Ingat ke aku nak start solat teraweh lepas dah solat isyak. Memandangkan esok dah start 1 Ramadhan, aku rasa nak cuba puasa walaupun dah sarat. Tapi aku dah start sakit perut memulas. Memang rasa nak buang air besar. So pergi la toilet. Ok la dah membuang tapi rasa memulas tu macam tak berkurang pulak. Aku pun terfikir macam ni ke sakit contraction??  Ermm aku tak pasti sakit nak beranak tu macam mana. hahaa.. Memang rasa macam nak terberi ke? Aku pun pergi la toilet lagi. Nak dekat 3 kali dah aku membuang nih.  Ok la aku pun dah rasa macam mengantuk ni. Jam pun dah menunjukkan lebih kurang pukul 11 malam. Tapi masa dah landing atas katil tu, sakit dia still tak hilang. Setiap 5 minit dia datang. Tapi aku cuba bertahan. Tapi makin lama makin sakit pulak. Aku pun rasa ni la kot rasa contraction. Aku pun buka la apps 'Pregnancy' dekat phone. So aku cuba track sakit contraction ni. Memang setiap 5 minit dia menyerang..