Posts

Showing posts from September, 2023

Taman Persahabatan Jepun

Image
Assalamualaikum Hari ni kita nak jalan-jalan kat Jepun gaisss!  Konnichiwa Taman Persahabatan Selangor-Jepun itu mula dibina pada tahun 2018 dan ia mempunyai keluasan sebanyak 2.428 hektar.  Taman ni terletak di Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.  Masuk adalah percuma. Waktu Operasi Setiap Hari : 10 pg – 7 mlm Kat kawasan Shah Alam ini sebenarnya banyak kilang Jepun. Dari Matsushita sampailah Panasonic. Syarikat-syarikat gergasi Jepun ini sudah banyak melabur kat Selangor. Dan mereka antara sebab Selangor jadi negeri yang paling kaya di Malaysia. Jadi ini tanda terima kasih, dan tanda perhubungan akrab negeri Selangor dan juga negara matahari terbit itu. Bolehlah warga Jepun yang tinggal kat Selangor ini lepaskan rindu pada negara mereka, paling kurang hujung minggu pun tak mengapa. Berdekatan dengan Dataran Merdeka Shah Alam dan Muzium Shah Alam, taman ini merupakan simbolik dan penghargaan kepada negara Jepun yang telah lama kekal setia menjadikan negeri Selangor dan bandar raya

Sri Bintang Hill

Image
Assalamualaikum Hello gaiss, i'm back with hiking adventure!  Rasa hidup sis hambar jerr kalau tak pergi hiking. hahaaa Hari ni sis nak hike ke Bukit Sri Bintang.  Bukit Sri Bintang ni terletak di Kepong Selangor. Sis pergi ni masa awal tahun haritu. Sekarang baru sempat nak update. hahaaa Anda boleh parking di kawasan sekitar kawasan perumahan.  Starting point terletak di Jalan Sri Bintang 8. Entrance trailhead dia ada beberapa laluan. Tapi ia akan menuju ke puncak yang sama. Kami ikut laluan yang kiri. Masa start hiking tu macam hujan renyai-renyai pulak.  So sediakan payung sebelum lebat. hahaa Trek sederhana santai. Trek awal jenis hutan tertutup dan agak mencanak.  Chill dulu tarik nafas! semput jugak sis dah lama tak hiking. hahaa Payung leh jugak la jadi hiking stick. hahaa Gigih hiking dalam hujan. hahaaa.. So tak de orang pun.  Kami ni main redah jer la Nampak view lawa kawasan perumahan elit & bangunan pencakar langit. Awat muka seposen ni sis.. hahaa Belum kurus lagi