Posts

Showing posts from February, 2023

Madinah Al-Munawarah

Image
Assalamualaikum 17 November 2022, Khamis 5.18am waktu Subuh First time kami menjejakkan kaki di Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarah. Cuma 100 meter dari hotel kami.  Mashaallah tenang rasanya disini! "Masjid an Nabawi" atau "Masjid Nabi" ialah masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah SAW. Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Satu jam sebelum solat Subuh akan berkemundang azan untuk mengejutkan korang dari lena tidur dan bergegas ke Masjid. Cuba belajar solat jenazah, sebab di masjidilharam dan Masjid Nabawi, selepas solat fardhu akan ada solat jenazah. Banyak ganjaran pahala yang Allah SWT janjikan lagi-lagi korang berada di masjid paling berkat. Korang akan dapat 1000 ganda pahala solat dalam masjid Nabawi manakala 100,000 ganda pahala solat di Masjidilharam. Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad