Perjalanan Umrah KL To Madinah


Assalamualaikum


Pada 16 - 26 November 2022 lepas aku telah selamat menunaikan umrah bersama mak, adik dan mak cik aku. 

Alhamdulillah!


Aku dah lama berniat nak pergi umrah. Aku plan dari awal tahun 2022 lagi sejak border dah dibuka lepas PKP. 


Tapi sebenarnya nak pergi lama dah lepas arwah abah aku pencen tahun 2019. Lepas tu tetiba pandemik melanda tahun 2020. Arwah abah pun dah pergi dulu ke negeri abadi. Alhamdulillah mak pun dah setelkan badal haji dan umrah untuk arwah abah.


Nak kena tinggal dak kecik ni dengan atok & tokwan dia. Uhukk sedih! Ni first time tinggal anak sis 2 minggu. Moga baik2 jer.


Sebelum pergi kami join kursus umrah online & ada juga secara bersemuka di masjid. Dan banyak juga membaca. Tunggu nak praktik je lagi nanti. Nervous pulak rasa. hehee. Moga dipermudahkan urusan kami nanti. Inshaallah


Mak cik & anak-anaknya


Niatnya nak bawa mak aku la nak pergi umrah ni. Nak pergi hujung tahun 2022. Try usha2 pakej umrah yang ada. Tapi kalau ambil musim cuti sekolah agak mahal bulan 12. So kami ambil bulan November sebelum cuti sekolah bermula.

Sis ambil pakej dari Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd. Untuk bilik berempat RM7790 per pax. Tapi masa 2 hari sebelum fly, katanya semua harga hotel & flight dah naik last minute. So kami kena bayar lagi sorang RM300. 

Untuk tahun 2023 ni memang semua harga lagi naik terutamanya harga tiket flight. Ermm.. simpan je la hasrat nak travel oversea naik flight lagi lepas ni. uhukkk


Kalau nak tengok pakej yang ada leh usha sini :



Take care abah & my baby Aleesa! Mama gonna miss you both!


Cian la dak ni nak kena tinggai dah! 


Thank you family members yang datang hantar kami kat airport!


Till we meet again! 

Moga kita semua dijemput jadi tetamu Allah lagi! inshaallah


Tiket flight, visa & passport checked! Kami naik kapal Saudi Airline dan akan turun di Madinah dulu.


Briefing dari mutawif sebelum fly


Jemaah umrah Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd lebih kurang 2 bas semuanya.


Untung la adik aku muda2 lagi dah dapat jadi Dyufurrahman (tetamu Allah). 
Alhamdulillah syukur kami semua selamat berangkat ke Tanah Suci Madinah.

Tapi disarankan korang kalau nak pergi memang kena pergi waktu muda ni ketika masih kuat bertenaga sebab banyak berjalan kat sana nanti.


First time sis naik Saudia Airlines


Ermm sis tak dapat seat sebelah tingkap. uhukk. Tengok dari jauh je la


Dalam flight ni siap dapat selimut dan bantal.


Selfie dulu la sebelum orang sebelah sis masuk. Seat kami semua berpecah duduk lain-lain tempat.


Sempat la layan movie 'Top Gun' atas flight walaupun subtitle bahasa arab. hahaa. Siap ada cerita Melayu lagi. Kagum plak sis! 

Nak tidur tak boleh pun sebab rasa tak selesa sebab duduk tegak jer. Biasa la seat economy. hahaa


Dah sampai ke negara padang pasir lah!


Makanan dalam flight ok la. Cuma salad tu sejuk betul! Rasa macam brain freeze bila gigit udang sejuk! hahaa.. Sebab dalam flight dah memang sejuk.

Kuah kacang & sate ayam tu naiss! Brownies tu macam keras skit.


Murtabak dia tebal betul. Puding caramel tu sedap!


Tudung kedut dont care lah! hahaa.. Dah 8 jam atas flight ni.


Sempat ye mak selfie dengan stewardes Saudia. hahaa. Dulu sis pernah la cita-cita nak jadi pramugari Saudi ni. Siap dah p interview tau! Tapi tak lepas sebab main redah jer time interview tu xde preparation apa. hahaa

Masa tu memang last dia buat interview kat Malaysia. Xsilap tahun 2015 kot. Lepas tu xde dah dia ambil orang Malaysia. Ni jer airlines yang patuh shariah yang pramugari boleh pakai tudung. 

Macam nak cari next top model tau interview dia! hahaa.. Yang datang semua pun memang all out dengan makeup, hells 5 inci bagai. Memang sis rasa woww betul yang datang semua. Sekali terjumpa sepupu sis masa interview ni. Tapi sis dapat pergi sampai stage last la interview tu walaupun men redah jer. hahaa Memang pengalaman berharga la & sepupu sis berjaya jadi pramugari ni. Syok tengok dia dah fly 1 dunia! Sis suka tengok uniform dorang smart!


Finally sampai dah di bumi haram Madinah. Kami gerak pukul 1.30pm waktu Malaysia dan sampai di Madinah pukul 17.30pm. 

Waktu di Arab Saudi lewat 5 jam dari Malaysia. Tapi pukul 6 petang di Saudi dah gelap macam malam dah.


Cantik airport Madinah


Kami sampai di hotel lebih kurang 8 malam. Rupanya hotel kami memang sebelah jer dengan masjid Nabawi. Alhamdulillah memang dekat. Kami duduk di Taiba Front hotel.


Perkara pertama mesti la pergi cari sim card. Harga 70 riyal untuk 2 sim card. Lebih kurang RM80 untuk 10 hari. Ada 10 gig internet kalau tak silap. Ni bagi memudahkan urusan nak book masuk dalam Raudhah nanti. Kalau dalam hotel nak jimat internet korang leh pakai wifi hotel.

Korang boleh install apss NUSUK. Tengok tarikh mana yang available untuk booking slot nak masuk Raudah. 



In a nutshell, to be continued.....










Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Paintball

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Gunung Silipat, Betong Thailand

BAHASA HIKERS

Hidden Treasure Hunt

Jalan2 Perlis

Taman Tasik Perdana KL

Jumaat Di Kota Mekah